Abyss


Korean Drama Abyss | Sebuah drama bergenre komedi, fantasi, undang undang, romantik, suspense dan kuasa supernatural. Ditayangkan pada 06 May 2019 hingga 25 June 2019 di tvN. Dibintangi oleh Park Bo Young, Ahn Hyo Seop dan ramai lagi.

Info drama:

  • Tajuk: Abyss
  • Pengarah: Yoo Je Won
  • Penulis: Moon Soo Yun
  • Network: tvN
  • Episode: 16
  • Tarikh tayangan: 06 May 2019 hingga 25 June 2019
  • Negara: Korea Selatan

Sinopsis:

  • Ko Se Yeon (Kim Sa Rang) adalah seorang pendakwa raya yang cantik dan pandai dalam pekerjaannya. Pada suatu hari, dia telah mati dibunuh dirumahnya ketika pulang bekerja. Kerana sebiji bola misteri, Se Yeon dihidupkan semula tetapi muka yang berbeza. Ko Se Yeon yang dihidupkan semula (Park Bo Young) tetap memiliki penampilan yang sama. 
  • Sementara itu, Cha Min (An Se Ha) merupakan seorang yang kaya dan memiliki syarikat kosmetik sendiri. Dia merupakan seorang lelaki yang tidak menarik dan tidak tampan tetapi seorang yang pintar, baik hati dan merupakan kawan baik kepada Ko Se Yeon. Dia terjun dari bangunan yang tinggi kerana kecewa tunang/kekasih ingin memutuskan hubungan dengannya. 
  • Cha Min juga berjaya dihidupkan semula kerana bola misteri yang bernama Abyss. Cha Min (Ahn Hyo Seop) yang dilahirkan semula memiliki wajah yang tampan dan perangai yang masih sama seperti Cha Min yang lama. 

Barisan pelakon utama:

Ahn Hyo Seop sebagai Cha Min versi 2

Park Bo Young sebagai Ko Se Yeon versi 2

Kim Sa Rang sebagai Ko Se Yeon versi 1


An Se Ha sebagai Cha Min versi 1

Best! Aku minat gila kalau si comel Park Bo Young ni berlakon. Tak padan dengan kecik, tapi berbakat. Maintain muda padahal umur dah 30 lebih, yang pasti no plastic surgery okey hahaha. 

Drama ni memanglah mengarut sebab dah mati tapi dilahirkan semula. Nama pun drama, macam macam boleh berlaku. Tapi drama ni best sebab tak fokus kepada romantik semata mata. Se Yeon ni berusaha mencari siapakah yang membunuh dirinya. Ingat semua doktor baik ke? Haaa dalam drama ni ada seorang doktor yang jahat, pakej dengan anak lelaki dia pun jahat. Mujurlah anak perempuan dia baik, tapi anak lelaki jadi macam tu sebab ayahnya yang dari kecil suka marah marah dan pukul mereka.

Tapi lawak jugak bila pegawai polis tu ingat Se Yeon versi 2 tu bekas kekasih dia. Sebabnya, Se Yeon versi 2 tu betul betul sama dengan bekas kekasih dia. Pegawai polis tu dah putus dengan kekasihnya, eh eh tiba tiba kekasih dia datang kepada diri dia semula walhal itu Se Yeon yang mempergunakan muka yang sama dengan bekas kekasih pegawai polis tu untuk mendapatkan maklumat tentang kes pembunuhan dirinya. 

Haaa faham ke tidak? Kalau tak faham, boleh tengok di kissasian atau netflix 😂


Boleh tengok trailer 👆

9 Comments

  1. ramai orang minat filem/drama korea sekarang ni
    tapi wak tak terjebak lagi.

    ReplyDelete
  2. Best pula baca review ni.. tak sempat lagi tengok drama ini..

    ReplyDelete
  3. Itulah nampak awet muda pula yang versi ke-2. Memang kecil molek.

    ReplyDelete
  4. gmbr yg 1st tu 2-3 kali tgk ingatkan Lee Kwang soo hahahaha

    ReplyDelete
  5. Okey rehat kejap lagi akak tgok kat Netflix...suka tgok citer2 macam ni...

    ReplyDelete
  6. Akak takut terjebak. Hehe..

    ReplyDelete
  7. Comel Park Bo Young rambut pendek. An Se Ha kalau berlakon mesti watak macam bodo bodo dan lawak gitu. Cerita mengarut ni kadang best juga untuk sekadar hiburan.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri "aku"
Terima kasih sudi baca dan komen.