#Cabaran 10: Top 5 Lagu Kegemaran Anda (Pelbagai Bahasa)


Yes, another another post entri about cabaran blog 15 hari. Bila tak ada idea nak menulis tentang apa, jadi kita tulislah pasal cabaran ni. Kasi setel! Hehehe. Cabaran ke-10 diberi nama Top 5 Lagu Kegemaran Anda (Pelbagai Bahasa)

Lagu lagu ni tiada kaitan dengan putus cinta ke jiwa kacau ke atau apa apa yang seangkatan dengannya hahaha. Aku suka dengar lagu ni sebab melodi dia walaupun lirik lagunya tak ada kena mengena dengan kisah kehidupan aku. 

1. Tangga Tangga ke Pintu Bahagia - Alleycats


Tak tahu kenapa memang suka nyanyi dan dengar lagu ni. Best! Walaupun lagu ni dah lama, tapi sampai sekarang aku masih dengar dan masih layan. Lagu lagu Alleycats yang lain ada je aku suka tapi lagu Tangga Tangga ke Pintu Bahagia ni paling suka. 

2. Mengusung Rindu - Spin


This one! Lagu yang dinyanyikan oleh arwah Achik Spin. Best! 

3. Gerimis Mengundang - Slam


Lagu lagu yang dinyanyikan oleh Zamani memang tak pernah mengecewakan! Semuanya best best. Yang tak jiwa kacau pun boleh jiwa kacau kalau dengar lagu ni hehehe. 

4. Dream - Bolbbalgan4


Kita selit lagu korea sikit hehehe. OST Hwarang. Aku tak tengok drama korea Hwarang tapi aku layan OST nya. Bagi akulah, dengar acap kali pun tak boring. 

5. Gantung - Melly Goeslaw


And the last one is Gantung by Melly Goeslaw. 

6. Om Shanti Om - Dastaan E


Eh! Tiba jadi 6 lagu pulak HAHAHA. Lagu ni pun salah satu lagu kegemaran aku. Aku suka tengok Om Shanti Om jadi secara tak langsung tersuka pulak lagu ni bila dimainkan dalam cerita tu. 

Sebenarnya banyak lagi lagu kegemaran aku. Kalau tulis kat post entri ni, dah tak jadi 5 lagu kegemaran anda dah, dia jadi 20 lagu kegemaran anda pulak kan 😂 Nanti aku sambung another lagu kegemaran aku di post entri yang lain hihi.

Dari kecil aku membesar dengan nyanyian nyanyian sumbang abang kakak aku yang lahir tahun 1970an, 1980an dimana abang kakak aku nyanyi lagu kumpulan dulu dulu contoh lagu Ku Di Halaman Rindu, Fantasia Bulan Madu, Pelamin Anganku Musnah, Mahligai Dari Airmatamu dan banyak lagi. Memang tak tertulis lah kalau nak taip disini semuanya hihihi.

Jadi bila dah hari hari duduk dengar abang kakak nyanyi lagu lagu ni, aku pun terminat dan terlayan sekali. Kalau nak dibandingkan dengan lagu zaman sekarang, jauh bezanya kot? Lagu zaman dulu lagi best. Tapi tak semualah lagu zaman sekarang teruk. Ada je lagu yang meletop dan best. Ada je yang penyanyi yang pandai menyanyi. Aku tak pukul rata cakap penyanyi zaman sekarang semua tak pandai menyanyi. 

Ada yang tersama lagu favorite tak dengan aku? Mind to share? 😉

Nota jemari 1: Aku minat dengar lagu English tapi minat gitu gitu saja hehehe.
Nota jemari 2: Lagu Akatsuki No Requiem pun best!

25 Comments

  1. lagu2 Alleycats best2 semuanya..

    lagu2 legend evergreen tak jemu dengar - suka Lagu Kau Ilhamku, Ku di Halaman Rindu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess, semua best best. Lagu dulu dulu tak jemu pun kalau dengar acap kali hehehe

      Delete
  2. susahh oo nak plg lagu top 5 sbb kita suka byk lagu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Kalau list out satu satu, alamatnya berjela jela lah post ni nanti hahaha

      Delete
  3. wah..menarik sungguh perkongsian ini..

    saya teruja untuk mnegetahuinya

    ReplyDelete
  4. Lagu legend favourite atiqah. Gerimis mengundang tu tangkap leleh jiwang dulu dulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Tangkap leleh tau. Jiwa tak kacau boleh kacau kalau dengar lagu macam tu hahaha

      Delete
  5. Alleycats... lagu malar sepanjang zaman! Sampaikanlah Salam Cintaku Padanya....heheheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampaikanlah salam cintaku padanya punn best! Semua bestlah hahaha

      Delete
  6. Alamak tidak sama.
    Haah memang suka lagu-lagu lama. Ada 2-3 lagu baru yang suka tapi bukan kegemaran utama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya, lagu baru jarang dengar. Dengar sekali sekala dekat radio macam tu je hehehe

      Delete
  7. Lagu2 fav abg dan kakak tiqah tu fav kakmim jugak.. lagu pilihan utk karok tu.. hahaha

    ReplyDelete
  8. Mmg rare akak minat lagu Alleycats era 2000 an. haha. plus, lagu ini lazimnya peminat yg betul2x minat Alleycats je tahu nie lagu nie kerana majoriti peminat seni tempatan lebih mengenali lagu Alleycats era 80 an. Variasi juga citarasa lagu akak ya. Terbaik kak. hihi.

    ReplyDelete
  9. Dua dari 6 tu my feveret juga.. hehehe

    ReplyDelete
  10. Semua lagi beat mama.boleh join atiqah sgt sekali

    ReplyDelete
  11. Om shanti om akak minat lagu yang intro lagu snowglobe tu.

    ReplyDelete
  12. Akak memang suka dengar lagu- lagu lama dari lagu zaman sekarang...

    ReplyDelete
  13. Lagu-lagu lama sememangnya sedap didengar, lagu baru yang sekarang nie ada yang ok dan ada yang tak berapa nak sedap didengar... hahahahaha maklumlah akak membesar di zaman era 80-an dan 90-an..

    ReplyDelete
  14. okayyyy, akak suka lagu yang no6 tuu.. hahahaha

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri "aku"
Terima kasih sudi baca dan komen.