#Cabaran 11: Genre Buku Kegemaran Anda


Ya bertemu lagi kita dalam post entri yang membosankan. Cabaran ke-11 ni sumpahlah boring. Aku rasa baru haritu aku cakap pasal hobi aku which is membaca. Dan dalam post entri tu jugak aku ada selitkan genre buku kegemaran aku. Jadi macam berulang ulang pulak hehehe.

Tapi never mind. Kita cakap lagi sekali. Jadi korang kena baca lagi sekali HAHAHAHA. Sebagaimana sedia maklum, genre buku kegemaran aku yang dinyatakan di sini, aku suka genre buku ala novel melayu yang selalu diadaptasi tu hehehe.

Novel melayu yang romantik, yang tajuk dia tak boleh bawa bincang. Kalau novel, aku sukalah baca yang romantik ni tapi kalau drama tak suka. Pelik tak? Ke aku je yang rasa pelik? Ke normal? 😶

Genre buku ala sejarah negara ke agama ke pun aku suka! Kalau di sekolah, aku paling suka subjek sejarah. Best boleh tahu sejarah pasal sesuatu tempat ke sejarah negara lain ke, sejarah macam macamlah. Kalau orang lain, mesti cakap sejarah tu ubat mengantuk kan? Memang confirm lena lah kalau baca buku sejarah, tapi tidak bagi aku hehehe.

Lagi satu, genre buku kegemaran aku is genre yang seram, eh ke apa ya? Buku macam fixi tu. Dulu masa dapat baucer yang kerajaan lama bagi sebanyak RM250 tu, aku selalulah habiskan duit tu dengan membeli buku fixi dan novel melayu.  Tapi sekarang rasa nak jual semua novel novel yang ada di rumah di kampung. Sebab banyak sangat. Rumah di kampung pun sekarang ni tak ada orang duduk. Dulu aku duduk, memang membaca lah setiap malam sebelum tidur. 

Abang aku pun dah tanya banyak kali, novel banyak banyak tu tak nak buang ke jual ke 😂 Sebab dah lama tak berusik novel tu kan jadi berhabuk lah jugak. Tapi bila fikir fikirkan balik, rasa sayang lah pulak kalau nak jual. 

Apa benda lagi ya nak cerita? Itu saja lah kot hahaha. Tak ada idea betul nak menaip untuk cabaran kali ni. Tak mencabar pun hihihi.

18 Comments

  1. aku ni macam-macam buka pelbagai genre akak suka baca, novel cinta suka, novel misteri, penyiasatan, cerita seram, kartun komik, anime pun akak layan... asalkan buku hhehhehe

    ReplyDelete
  2. perghhh buku ala-ala sejarah eh... hahaha klu k ret mmg tido la baca buku sejarah ni..
    dari zaman sekolah lagi, subjek sejarah n mmg xde dalam kamus hahaha memanjang x pandai2 subjek sejarah :D

    ReplyDelete
  3. Kalau umur2 macam Atiqah, memang genre tu yang selalu diselak kan

    ReplyDelete
  4. rabia suka baca buku cerita dan cinta irine nadia

    ReplyDelete
  5. Kalau bab sejarah boleh pergi The Patriots di facebook. ada pelbagai genre.. hehe

    ReplyDelete
  6. Suka juga genre novel melayu romantik . Genre thriller pun suka jugak. Kalau boleh buku novel tu tebal. Baru best baca :)

    ReplyDelete
  7. samalah...novel semua genre boleh masuk. romantik dan cinta pun boleh baca... tapi drama tak berapa rajin melayan

    ReplyDelete
  8. akak pulak.. suka novel romantik.. drama pon minat romantik gak tp korea la. hahahahahha

    ReplyDelete
  9. Tahniah! Suka baca buku sejarah rupanya. Tentu banyak ilmu sejarah diperolehi.
    Kak Amie pun suka baca novel, tapi drama tak berapa layan. Dengan membaca, kita lebih berimaginasi, memikir dan membayangkan apa yang dibaca.

    ReplyDelete
  10. Lepas saya baca buku yang saya beli, biasanya saya akan hadiahkan pada perpustakaan. :)

    ReplyDelete
  11. Sama banyak buku, kena jual dahulu baru boleh beli buku baru.

    ReplyDelete
  12. Sha baca semua genre ikut mood.. hehehe..

    ReplyDelete
  13. sama akak pun suka sejarah. suka baca sejarah pasal sesuatu tempat, bangunan atau apa2 yang berkaitan sejarah. novel pun akak suka yang jenis romantik. tapi akak suka novel yang diadaptasi ke drama. so kalau drama tu diadaptasi dari novel , mmg confirm akak cari sebab nak tahu jalan cerita & ending dia..hehe..

    ReplyDelete
  14. Saya pun kadang membeli lepas tu tak tahu bila nak membacanya pun. Ada koleksi satu kepuasan gak.

    ReplyDelete
  15. Akak suka jugak buku sejarah, selain sains fiksyen,biografi and sukan. Novel romantik je tak minat. Jiwa romantik dah arwah. Huhu

    ReplyDelete
  16. Baca entri Atiqah ni buat akak terfikir, akak pernah tak baca buku sejarah... 😂

    ReplyDelete
  17. Dulu memang suka sgt novel romantik. Skrg ni nk baca buku memang tak dpt dh 🤣🤣

    ReplyDelete
  18. huaa dah lama tak baca novel, last hari tu novel yg AD bg sbb menang GA :)

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri "aku"
Terima kasih sudi baca dan komen.