#Cabaran 12: Kuasa Superpower Yang Anda Inginkan


Yes and yes, another post entri about cabaran blog 15 hari again. Selagi tak habis, selagi itulah benda ni ada hehehe. Tapi dah nak habis, berbaki 3 cabaran je lagi. Fuhhh, jenuh jugaklah nak habiskan cabaran ni. Next time nak buat This or That Challenges pulak. Nak tahu apa benda? Kena tunggu 😛

Cabaran 12 yang diberi nama Kuasa Superpower yang Anda Inginkan

Kuasa superpower? Wujud ke? Mestilah tidak. Ini hanyalah angan angan mat jenin semata mata hehehe. Sekadar imaginasi sendiri. Apa benda ya kuasa superpower yang aku inginkan? 

Jeng jeng jeng...

1.     Teleportasi.

Apa benda teleportasi ni? Teleportasi ni suatu konsep yang dimana bahan atau tenaga dapat dipindahkan dari satu lokasi ke lokasi yang lain tanpa melintasi ruang fizikal di antaranya. 

Menarik tak? Bagi aku teleportasi merupakan salah satu kuasa superpower yang aku inginkan. Boleh pergi ke mana mana dengan senang hati! HAHAHA! Ala macam pintu doraemon lah kiranya. Bagi daku yang tak mempunyai lesen motor apatah lagi lesen kereta, kuasa superpower ni sangatlah membantu. 

Sebut je nak pergi mana, terus sampai. Nak pergi Mekah ke, Paris ke, Taj Mahal India ke, terus sampai! Ala dalam Malaysia pun nak pergi jugak contohnya satu Malaysia lah senang. Nak jelajah seluruh Malaysia. Banyak lagi aku tak explore. Jangan cakap satu Malaysia lah, dalam negeri kelahiran aku sendiri which is Terengganu pun aku tak banyak explore lagi. Sedih kan? Huhuhu.

2.    Perentasan Masa / Time Travel

Time travel pun salah satu kuasa superpower yang aku inginkan. Kita selalu kan andai dapat, ku undurkan putaran dunia, inginku ubah semula, kata kata dan tingkahlakuku....eh tiba nyanyi pulak hehehe. Time travel ni ingat pulak drama korea The King Eternal Monarch. Punya pening tengok drama tu sampai tergendala ep 13 😂

Ya, bestnya kalau boleh time travel ni. "KALAU". Bercakap pasal kalau ni, semua benda boleh jadi kan. 

"Kalaulah ada duit jatuh dari langit sebanyak RM 1, 000, 000.00 kan best." HAHAHAHA BERANGAN!

"Kalaulah arwah mak boleh hidup semula" Eh. Bukan tak redha tapi itulah, faham tak apa aku cuba maksudkan? Kadang kadang ada hari datang perasaan sebak tu, memang terfikir mengarutlah. 

Banyak benda aku tak sempat nak buat dengan arwah mak, itu pasal aku teringin nak time travel. Nak pergi masa lalu, nak buat baik, nak dengar cakap arwah mak, nak habiskan masa dengan arwah mak, semua benda dengan arwah mak. 

Lagi satu nak pesan dekat diri sendiri, hidup tahun 2020 dan akan datang sungguh mencabar. Nak nak dunia akhir zaman, lagi dan lagi mencabar. 

Okey, itu saja kot kuasa superpower yang aku inginkan dan yang aku boleh fikirkan buat masa sekarang hahaha. Sekadar imaginasi sendiri. Tak wujud di alam realiti. Jangan lupa doakan kepada yang sudah tiada di dunia ini, yang masih ada, hidup mesti diteruskan walau sesukar mana ðŸ’–

Salam Ramadhan al Mubarak hari ke - sembilan.

12 Comments

  1. Nak yang no.2 tu, nak travel balek masa zaman study. Rindu sangat dengan kengkawan!!Boleh huha2 jimba2😆. Asyik throwback gambar lama jer bosan jugak.

    ReplyDelete
  2. Hanya Minato sahaja boleh teleport hehe. gurau ja :)

    ReplyDelete
  3. Akak pun nak dua kuasa ni! Bab lagu AXLs tu akak pun nyanyi sama hahahah

    ReplyDelete
  4. Teleport tu, memang kuasa yang hebat. Kalau betul-betul ada, best juga. Hehe..

    ReplyDelete
  5. Nak juga ada kuasa👆👆👍👍

    ReplyDelete
  6. kenapa laaa haritu akak tak terpikir superpower ni eh.. akak nk dua2 nii xD

    ReplyDelete
  7. hhahahah of coz nak time travel ...
    ni kalau bole putar balik masa... ermmm byk yg k ret nak ubah...!!

    ReplyDelete
  8. Haah kalau boleh ke masa lalu mungkin boleh halang Covid-19.

    ReplyDelete
  9. teleport and time travel tu best. kalau dapat kembali masa dulu, akak nak travel puas2 sebab tau 2020 ada covid. haha

    ReplyDelete
  10. kedua dua superpower ni memang best. kalau balik masa lalu memang banyak nak betulkan dan cegah apa yang buruk2 daripada berlaku masa sekarang .tapi tu la..............

    ReplyDelete
  11. time travel tu memang nak sangat.. Macam Atiqah cakaplah.. bukan tak redha tapi rindu..

    ReplyDelete
  12. Best betul kalau ada dua² kuasa ni. Tapi dalam mimpi dan berangan je lah sebab ianya tak akan berlaku. Berangan itu percuma :)

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri "aku"
Terima kasih sudi baca dan komen.