#Cabaran 8: Hobi Anda


Yess, bertemu lagi kita dalam post entri bertemakan cabaran blog 15 hari hehehe. Dah masuk cabaran ke lapan dan diberi nama Hobi Anda. Cliche lah cabaran kali ni. Tak menarik langsung HAHAHA. Sama lah juga dengan hobi aku. Itupun tidak menarik.

Sebab apa aku cakap tak menarik? Sebab hobi aku membaca saja. Aku suka baca novel melayu yang tebal tebal tu. Siti Rosmizah, Anjell antara penulis yang aku minat karyanya. 



Antara karya Anjell yang aku minat! Best! Bila dah minat tu kan, sehari boleh habis baca. Tak buka telefon pun tak apa, janji boleh habiskan terus hahaha.


Tapi karya Anjell yang ni, aku tak suka sebab novel ni mengisahkan lelaki gay. Betul, itu realiti sekarang. Gay, lesbian atau senang cerita LGBT lah dah jadi benda normal di Malaysia. Orang ramai dah tak segan silu nak mengaku diri dia gay atau lesbian. Tapi bila baca novel ni, aku rasa a little bit geli. Tak ada lah adegan pelik pun cuma itulah, tak berapa gemar hehehe.

Kalau rumah di kampung tu, banyak juga lah koleksi novel novel melayu hasil pembelian aku dan kakak kakak aku. Dari darjah 5 atau 6 kot, aku dah belajar baca novel ni. Kalau buat karangan untuk subjek Bahasa Melayu, selalulah dapat markah tinggi sebab penulisan aku agak bagus. Cikgu pun cakap, gaya aku menulis tu macam cerita dalam novel. 

Tapi tak boleh terima bila cikgu bacakan karangan aku dalam kelas. Aku buat nama crush aku kot as watak utama masa tu. Kerja tak bersih, habis satu kelas tahu. Siap pakej dengan cikgu lagi tahu HAHAHA. Menggamit kenangan betul.

Selain novel, aku suka baca buku bertemakan sejarah. Best! Boleh tahu cerita lama lama yang aku tak tahu. Sejarah negara ke, agama ke, semua aku suka. Ramai tak suka sebab cakap mengantuk kan, tapi bagi aku tak mengantuk hihihi. Dulu time sekolah menengah tingkatan 4 dan 5, aku jadi cikgu di asrama. Tolong terangkan untuk kawan kawan sebab nak tunggu masing masing buka buku dan baca, memang sampai bila bila tak habis HAHAHA. 

Pernahlah bercita cita nak jadi cikgu sejarah, tapi dah terambil course Ukur Bangunan pulak. Tapi boleh je kan kalau nak sambung degree lagi sekali? Kawan pun ada ajak jadi cikgu, boleh ambil sama sama dengan dia hahaha. Tapi buat masa sekarang, nak kerja dululah. Tak terfikir lagi nak masuk belajar lagi. 

24 Comments

  1. Saya suka baca novels jugak! Koleksi yang penuhkan rak buku tu selalunya aisya sofea, anis ayuni and hlovate! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka jugak aisya sofea tu. Best best jugak karya dia. Yang hlovate tu banyak english novels kan kalau tak silap? Hehehe

      Delete
  2. btolla.. yg penting skrg keje dulu.. pastu kawen.. pastu dpt anak.. pastu keje lagi.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Sama hobi membaca cuma bahan bacaan berbeza. Ikut usia. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, bahan bacaan berubah mengikut usia hehehe

      Delete
  4. hahahaha ... u read while i watch lots of gay thai series and i love it lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thai series memang banyak cerita gay sebab tu saya tak tengok mana hahaha
      Wahh atie love it ye, nak try jugak tengok tapi tak tengok tengok hehehe

      Delete
  5. akak pun suka membaca, anime, komik pun akak layan tau janji boleh dibaca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, janji boleh baca je. Tak kisah bahan bacaan apa punn

      Delete
  6. tak pernah lagi baca karya Anjell ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Karya Anjell best bagi saya. Nanti kak yan try lah baca hehehe

      Delete
  7. Samala hobi kita. Cuma tak suka novel tema cinta.selalu baca biografi, sukan and cerita tentang life. suka gak tema sejarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minat baca pasal sukan mesti kaki bersukan kan hahaha
      Saya dengan sukan ibarat musuh :D

      Delete
  8. Ohh rajin baca novel rupanya. Mesti banyak koleksi tu sebab dari sekolah rendah dah suka baca, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyakkk, sampai abang serabut tengok novel banyak banyak hahahaha

      Delete
  9. wowww. akk suka baca novel gak.. tp penulis nii akk xpenah beli lagiii..

    ReplyDelete
  10. Dulu zaman anak Dara Suka sangat baca novel. La ni semuanya kelaut dalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHA bila dah berumah tangga memang busy lah kan. Tak sempatnya nak baca novel ni.

      Delete
  11. hobi kite samalah cuma sy agk memilih sikit. dan baca ikut kehendak hati... ikut mood pun ya... sbb keje pun melibatkan aktiviti membaca. jd sy perlu cari bahan bacaan plg santai utk memenuhi masa hehehe

    ReplyDelete
  12. Favorite author jugak ni. Anjell dan Rin Ahmad antara dua penulis yang sentiasa nak tau baby baru dorang

    ReplyDelete
  13. Akak plak memang hantu novel dan koleksi pun banyak..ada 100 buah lagi blom habis baca dan asyik tambah je beli..hahaha...

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri "aku"
Terima kasih sudi baca dan komen.