#Cabaran 9: Genre Siri TV/Movie Kegemaran Anda


Yes lagi sekali, another post entri about cabaran which is cabaran ke-sembilan yang diberi nama Genre Siri TV/Movie Kegemaran Anda. Nampaknya post entri kali ni pun akan pendek sebab tak ada idea HAHAHA. 

Okey, genre siri tv/movie yang menjadi kegemaran aku ialah horror, thriller, comedy, romantic, eh macam semualah! Actually tak ada spesifik genre pun yang betul betul kegemaran aku sebab aku tengok je semua genre. Tapi paling suka, genre horror lah. Best! Antara movie yang aku suka tengok Conjuring 1, Conjuring 2, Annabelle, IT 1, IT 2, The Nun. Walaupun aku seorang mudah terkejut dan melatah, tapi aku suka genre ni. 

Genre movie macam Antman and The Wasp, Avengers, Guardians of the Galaxy, Aquaman, Jumanji, Fast and Furious dan macam macam lagi pun suka jugak. Pokoknya, semua suka. Tapi paling suka, genre horror

Kalau drama korea pulak, aku suka genre drama yang macam Hotel de Luna, Oh My Ghost pastu apa lagi ye yang seangkatan dengannya? Genre penyiasatan pun kegemaran aku jugak contohnya macam drama Memorist, Partner Justice, dan sebagainya. Genre melodrama, medical, romance pun suka jugak. Eh macam cakap tadilah, semua suka 😂 

Nak listkan satu satu memang tak larat hehehe. Yang aku boleh simpulkan, semua genre aku tengok. Tak ada yang TERpaling kegemaran. Cumanya, kalau ada genre romance dan horror, aku akan tengok horror dulu baru proceed genre romance hihihi. By the way, boring kan cabaran ni HAHAHA. Benda apa aku merepek pagi hari pun aku tak tahulah. 

22 Comments

  1. Genre movie lebih kurang sama dengan saya. Cuma Kdrama tak sempat nak layan sangat. genre apapun tak kisah, janji ceritanya best layan je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak fizah, janji best kita layan. Tak best, kita tutup awal hahaha

      Delete
  2. Haah seronok tengok cerita Anabelle.
    Akak perasan suka tengok filem/drama lama. Genre asal sedap, tidak bosan. Suspense. Kalau yang sadis tidak suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn! Janji sedap je, tak sedap kita tak tengok la hahaha

      Delete
  3. Kdrama dah lama akak tak layan. Huhu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tau kdrama hehe, nanti akak ada masa lapang, boleh lah try tengok :D

      Delete
  4. ooo suka cerita hantu rupanya... tgk waktu siang ke...tgh mlm? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHA biasa tengok malam malam, baru ada feel gituuu :P

      Delete
  5. woww kita tak suka cerita hantu 😂

    ReplyDelete
  6. layan semua genre utk kdrama sbb banyak yg best..china drama pun best..

    ReplyDelete
  7. Layan aje semua genre kecuali Horror. Sebab penakut ya amat. Nanti terbawak dalam tido. Haha

    ReplyDelete
  8. Suka tengok cerita seram, tapi akan terbayang-bayang beberapa hari didepan mata hihihiiii!

    ReplyDelete
  9. layan semua genre.. selalunya tengok ikut mood.. hehehe

    ReplyDelete
  10. Alaaa. Kdarama akk suka layan.tapiii tuu dulu laaa.dah ada anak niiii xde masa dah. Wuuuu

    ReplyDelete
  11. Suka citer hantu tapi akak penakut...skrg lebih suka Kdrama...jarang tgok citer melayu

    ReplyDelete
  12. kita geng !!!! boleh buat movie date berdua ni hehe

    ReplyDelete
  13. Semua judul drama/movie akak mention GV familiar kecuali judul genre penyiasatan.huhu. Wah, hebat kak, semua genre akak tgk. Terbaik kak. hihi. :)

    ReplyDelete