Giveaway Ramadhan by Shfyqhazhr.Com

APA IMPIAN RAYA UNTUK TAHUN INI | 2021

Impian raya? Untuk tahun 2021? Macam mana kita sedia maklum, tahun 2021 merupakan tahun kedua kita beraya dalam keadaan negara menghadapi pandemik Covid19. Bukan negara kita sahaja, worldwide. 

Tahun lepas, tak boleh rentas negeri untuk sambut perayaan dengan family. Macam aku sendiri, aku terkandas di negeri tempat aku menuntut ilmu which is Perak. Terkandas sebab last minute umumkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 March 2020. Semua students tak dibenarkan masuk ke kampus dan diminta pulang ke kampung halaman masing masing. 

Bersyukur, aku menyewa di luar. Jadi agak kesian kepada students yang menetap di kolej. Memang kena balik on the spot.

Mula mula, ingatkan PKP tak lama, dalam dua atau tiga minggu sahaja, jadi aku pun tak balik kampunglah. Tapi rupa rupanya, PKP berlarutan berbulan bulan. Mujur masa tu, kakak ketiga aku yang belajar di UiTM Puncak Alam sempat sampai ke rumah sewa aku 17 March 2020. 

09 May 2020, pihak UiTM bersepakat membawa balik students yang terkandas di tempat belajar termasuk aku dan kakak aku. Alhamdulillah, boleh beraya bersama keluarga. 

Jadi impian raya tahun ini?

Aku tak ada masalah untuk pulang beraya sebab adik beradik aku semuanya tinggal di Terengganu, jadi boleh je nak pergi melawat unless kerajaan umumkan tak boleh rentas daerah. Memang tak boleh beraya lah sebab duduk daerah yang berbeza beza semuanya. Tapi setakat ni, tak boleh rentas negeri je kan hehehe.

Cuma ayah aku jelah tak boleh pulang beraya sebab bekerja di Sarawak. Never mind, raya bagi aku sehari je hehehe. Atau lagi tepat, pagi 1 Syawal tu je. Bila dah masuk tengah hari tu, dah tukar uniform dah. Dah tak pakai dah baju raya. Mood raya tu tak ada mana dah. Sekadar merayakan di pagi hari, itu sahaja.

Cumanya impian raya aku tahun ni, semoga ada keajaiban boleh rentas negeri. Kesian dekat orang lain, yang dah berbulan bulan tak balik kampung jenguk mak ayah masing masing disebabkan larangan rentas negeri. Ada students yang dikurung dalam tempat mereka belajar, tak boleh pergi mana mana.

Moga moga ada keajaiban boleh merentas negeri untuk pulang beraya walaupun tahu agak mustahil. 

Tapi kalau dah diberi kelonggaran merentas negeri, jangan lupa SOP okey. Sama sama kita jaga dan cegah wabak ini. Makin hari makin meningkat angka kesnya. Masih mencecah empat angka kes setiap hari. #KitaJagaKita #StaySafe #TakeCare

Okey, terpanjang pulak rasanya impian raya tahun ni walaupun rasa agak melalut HAHAHA. Jadi jangan lupa join! Click banner to join. 

26 Comments

  1. dah lama tak join giveaway blogger ni. dah tua rasa tak larat pula menulis. salam kenal tuan tanah

    ReplyDelete
  2. Hahahaa nnt k ret pun nak join... Tgh cr mood nak menaip ni 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Join jangan tak join :P
      Sama sama memeriahkan gituuu hehehehe

      Delete
  3. yeh ayah kerja dekat sarawak? wahhh... mesti sedih kalau tak dapat kumpul lagi raya kali kedua ni...moga bolehlah rentas negeri tanpa kira kayangan tak kayangan hahahahha

    haa bolehlah joint giveaway ni. all the best atiqah! "D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, kerja di Sarawak. Kat mana tu tak sure hahaha. Tahu Sarawak aje.
      Sedih sikit tapi takpe, faham sekarang kan susah kalau nak pergi mana mana, dengan covidnya yang tiada penghujung.

      Join jangan tak join AO, sama sama memeriahkan :P

      Delete
  4. Selamat bergiveaway.
    Harapan... moga covid19 cepat berlalu... dapatlah beraya macam dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak amie.
      Aamiin, moga moga covid19 cepat cepat berlalu. Biar kembali seperti dulu.

      Delete
  5. Semoga berjaya. Nanti akak tengok syarat penyertaan.

    ReplyDelete
  6. Selamat bersegmen. Naim akan join gak haha

    ReplyDelete
  7. Adik SK pun dah tiga bulan tak dapat balik Johor

    ReplyDelete
  8. Kita org kat Sabah kalau beraya sebulan! hahahhaa.. BTW salam kenal akak dr Sabah dan Salam Ramadan adik :)

    ReplyDelete
  9. Selamat bersegmen Atikah...all the best..semoga apa yang kita impikan untuk raya tahun ni menjadi kenyataan

    ReplyDelete
  10. Harap juga dapat merentas negeri. Senang nak menjengah tau ada urusan emergency family. Anak buah pun tersadai kat kolej tak boleh nak balik raya. Kesian mereka semua tu.

    Semoga ada rezeki menang giveaway ramadan ni. Aaminn

    ReplyDelete
  11. All the best, Atiqah. Nanti akak pun nak join.

    ReplyDelete
  12. Mujurlah tahun ni tak terkandas macam tahun lepas kan... Mudah-mudahan, suatu hari nanti kita akan dapat rasa kemeriahan suasana Syawal seperti dahulu tanpa perlu jaga SOP, tanpa ada halangan rentas negeri.

    ReplyDelete
  13. Good luck untuk giveaway ni, Atiqah. :)
    Tak bole rentas negeri punya, untuk raya posa. Untuk raya cina, bole la. Hehe..

    ReplyDelete
  14. goodluck Atiqah :)

    akak rasa keajaiban tuu mgkin lepas raya atauu lama lagi. sebab kes sekarang agak tinggi. akak pon nak dekat setahun xbalik uma MIL. kadang kesian jugak dengan laki akak.tapi nak buat cmne kan.. mogaa covid19 berkurang la lepasni :)

    ReplyDelete
  15. Semoga ada rezeki Atiqah..
    Yup.. berharap yang sama.. rentas negeri dibolehkan..

    ReplyDelete
  16. saya datang dari masa depan, rentas negeri belum dibenarkan huhu sedih! raya tak ckup geng lagi :(

    terima kasih join Giveaway Ramadhan by Shfyqhazhr.com :)

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri "aku"
Terima kasih sudi baca dan komen.