Hari Ini Milik Anda

Hari Ini Milik Anda | Apabila kita berada di pagi hari, janganlah kita menunggu waktu petang kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh itu, tak perlulah kita memikirkan hari semalam yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Begitu juga dengan hari esok yang belum tentu akan datang.

Hari ini dimana mataharinya menyinari diri kita, siangnya menyapa diri kita dan membuat kita mampu melihat alam sekitar dan juga orang tersayang. Inilah hari kita, maka manfaatkan hari ini sebaik baiknya. Anggaplah masa hidup kita hanya sampai hari ini sahaja atau seakan akan kita dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.

Hal ini dapat menyelamatkan kehidupan kita iaitu tidak tersepit antara dua kehidupan, masa lalu dengan pelbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi ketika itu dan juga masa depan yang penuh dengan ketidakpastian dan seringkali menakutkan.

Pusatkanlah seluruh perhatian dan kreativiti kita untuk satu hari sahaja. Dan pada hari inilah, kita harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yang paling khusyuk, membaca dan memahami al-Quran secara mendalam, merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam akhlak, kerelaan dengan semua yang Allah berikan, perhatikan terhadap keadaan sekitar, perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta memberi manfaat kepada orang lain.

Untuk hari ini, kita harus mulai membahagi waktu dengan bijak. Jadikanlah setiap minit seakan ribuan tahun dan setiap detik seakan ratusan tahun, tanamlah kebaikan sebanyak banyaknya pada hari ini, memelihara indahnya kehidupan, meminta keampunan dari pelbagai dosa yang telah dilakukan, mengingati Allah dan mempersiapkan diri untuk pergi jauh. Dengan demikian, hidup kita pada hari ini akan penuh dengan kebahagiaan, merasa aman dan tenteram.

Aku hanya akan hidup hari ini, maka aku akan mengucapkan, "Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tak akan pernah menangisi pemergianmu dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu. Kamu telah meninggalkan kami semua dan tidak akan kembali lagi."

"Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban! Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada kerana hari esok mungkin tidak ada sesuatu, hari esok adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan."


Sekadar perkongsian dari buku "Jangan bersedih, Dont be Sad", penulis Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al Qarni dan diterjemahkan oleh Noraine Abu. 

14 Comments

  1. selalu je setkan taknak fikir menda menda yang dah lepas... tapi kadang tu terbabas juga

    ReplyDelete
  2. camne kalau hari ini milik orang lain ya

    ReplyDelete
  3. Memori masa silam tu macam hantu. Datang sergah suka-suka hati dia je.

    ReplyDelete
  4. Ya Allah mendalam. Terima kasih ingatkan. Hari ini ditempuh dengan perasaan lesu. Moga bersemangat melaksanakan ibadah. Amin.

    ReplyDelete
  5. Semoga setiapa hari adalah hari hari yang baik milik kita. Bahagikan masa dengan something yang berfaedah :)

    ReplyDelete
  6. carpe diem - seize the day

    semalam ialah sejarah..

    ReplyDelete
  7. sebelom ni akak ada buku nii. rasanya baru baca sikit. tp kata2 dlm buku ni best2 :)

    ReplyDelete
  8. Pikirkan yg positif ja..insyaAllah hasil yg datang pun positif

    ReplyDelete
  9. akan ada tambahan masa jadi 25 jam? saya nak yang sejam lebih tu ;-)

    ReplyDelete
  10. Fuh,, nak keep positif begini selalu laaa.

    ReplyDelete
  11. Yuuuppp! Hari ini milik saya.

    ReplyDelete
  12. thank you sharing this positive vibes

    ReplyDelete
  13. Kata-kata positif yang sangat bagus kak. Bila kita sentiasa positif, baru kita hidup kita rasa bahagia. InsyaAllah. Aamin. :)

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri "aku"
Terima kasih sudi baca dan komen.