Hi Bye Mama


Korean Drama Hi Bye Mama | Sebuah drama yang bergenre komedi, kekeluargaan, fantasi, romantik dan kuasa supernatural dan ditayangkan pada 22 Februari hingga 19 April 2020 di siaran tvN. Drama yang dibintangi oleh Kim Tae Hee, Lee Kyu Hyung, Seo Woo Jin dan Go Go Byeol.

Info drama:
  • Tajuk: Hi Bye Mama
  • Pengarah: Yoo Je Won
  • Penulis: Kwon Hye Joo
  • Network: tvN
  • Episode: 16
  • Tarikh tayangan: 22 Februari hingga 19 April 2020
  • Negara: Korea Selatan

Sinopsis:
  • Cha Yu Ri (Kim Tae Hee) telah menjadi hantu setelah dia meninggal dunia 5 tahun yang lepas. Dia meninggalkan suaminya Jo Kang Hwa (Lee Kyu Hyung) dan anak mereka iaitu Jo Seo Woo (Seo Woo Jin). Untuk menjadi manusia semula, Yu Ri menjalankan projek reinkarnasi selama 49 hari.
  • Kang Hwa merupakan seorang doktor pakar bedah. Dia merupakan seorang yang penyayang tetapi personalitinya berubah setelah kematian isterinya yang tersayang. Setelah 5 tahun, Yu Ri tiba tiba muncul di hadapan.

Barisan pelakon utama

Kim Tae Hee sebagai Cha Yu Ri

Lee Kyu Hyung sebagai Jo Kang Hwa

Go Bo Gyeol sebagai Oh Min Jung

Seo Woo Jin sebagai Jo Seo Woo 

Another drama yang best! Recommended! Drama air mata. Jangan lupa sediakan tisu okey. Setiap episode tak ada yang tak sedih. Aku tengok waktu malam before tidur, lepas tu ada scene sedih, memang menangis lah. Pergi kelas esok pagi, mata bengkak HAHAHA. 

Kronologi cerita:
  • Yu Ri meninggal semasa sedang sarat mengandung akibat dilanggar kereta.
  • Yu Ri berkorban demi anak dalam kandungannya, dia suruh doktor selamatkan anaknya.
  • Sepanjang 5 tahun dia menjadi hantu, dia sentiasa ada disamping anaknya sampai anaknya boleh tengok hantu.
  • Suaminya lepas kematian Yu Ri, dah tak boleh nak lakukan pembedahan sebab tangan terketar, kesan daripada kematian isterinya.
  • Kang Hwa kahwin dengan Min Jung sebab Min Jung ikhlas nak jagakan Seo Woo.
  • Kemunculan Yu Ri selepas 5 tahun mati telah menimbulkan ketidakpercayaan dalam kalangan keluarga dan kawan kawan.

Yelah, dah mati kot, tiba tiba hidup kembali. Kalau dalam Islam, memang tak adalah macam ni hehehe. Jadi, kalau nak tahu selanjutnya, boleh tengok di kissasian.li ataupun Netflix. Ending dia sedih, aku tengok masa makan nasi pun boleh berjurai air mata 😂 Untuk pengetahuan, Seo Woo sebenarnya lelaki tapi dalam drama ni, Seo Woo dijadikan sebagai watak perempuan. Comel je dia jadi lelaki ke perempuan ke, semua comel hehehe. Lagi satu, Soo Ae yang berlakon dalam Oh My Ghost pun datang as cameo dalam Hi Bye Mama ni. 

Ramai tak setuju dengan ending drama ni, tapi bagi aku, ending dia boleh diterima. Orang dah meninggal, biarlah dia pergi dengan tenang. Yang masih bernyawa, hidup mesti diteruskan. Idok begitu temen temen hihihi.

Masa ni Yu Ri dah nak pergi ke alam seterusnya

Antara yang sudah mati tapi masih berkeliaran di dunia

Soo Ae dalam Oh My Ghost as a cameo dalam Hi Bye Mama


25 Comments

  1. Aduh tidak sanggup tengok cerita sedih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah tapi saya terlayan pulak drama ni, jadi nak taknak kena habiskan jugak hahaha

      Delete
  2. best best citer ni!!!
    Geram tgk bdk 2 org tu, comel2 kan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelakar tgk roh2 hantu tu esp yg family tu hahah

      Delete
    2. Betul tu kak ret! Comel gila, geram sungguh hahaha.
      Yang hantu family tu pun kelakor. Tapi lama jugaklah diorang satu family duk follow anak laki diorang tu kannn.

      Delete
  3. ada tengok drama ni tapi tengok separuh jalan je..hehe

    ReplyDelete
  4. Dah macam zombi pulak hidup balik ye hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha biasalah korea kan, macam macam benda boleh berlaku dan dijadikan drama

      Delete
  5. true, yang pergi tetap pergi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu atie, yang pergi tu biarlah ia pergi

      Delete
  6. Akak ada masalah nk bezakan paras rupa bintang2 korea ni...dimata ni semuanya sama hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sampai sekarang still tertukar tukar nama pelakon hahaha. Lebih kurang je semuanya :D

      Delete
  7. ok masuk dalam list...boleh tengok nanti

    ReplyDelete
  8. Dulu² Suka layan drama Korea. La ni lansung Tak berkesempatan. Satu yang akak Suka drama Korea ni dia punya pelakon comel².

    Macam best pulak drama ni. Siap dah mati hidup semula.

    ReplyDelete
  9. rasanya bukan dlm agama islam je .. secara logiknye mmgla tak logik org mati hidup kembali., huhuhu

    ReplyDelete
  10. Drama masih baru ni tahun lepas. Lama gak tak tengok Kim Tae Hee berlakon. Biasanya drama komedi dan kekeluargaan ni best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah masih baruuuu, kim tae hae buat comeback menerusi drama ni lepas lama off berlakon hehehe

      Delete
  11. Kadang tgok citer Korea pun akak bleh tersedu- sedu nangis..Hotel Del Luna antaranya...menjiwai watak betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samaaa! Hotel del luna punn sedihh jugak, pelakon pun mainkan peranan yang penting untuk memberi kesan kepada penonton kan :D

      Delete
  12. Jalan cerita mmg sangat menarik kak. Bila akak mention drama sedih, GV rasa weekend baru leh tgk cite ni sebab confirm GV akan menangis nanti dan memerlukan masa untuk pulih dari kesedihan tgk drama sedih.Bila free nanti, GV cuba tonton kat netflix nanti. Nice info to share kak. :)

    ReplyDelete
  13. memang best ceta ni... akak suka ceta korea yg family theme mcm ni... pastu nangisss jer lebih... hahaha

    ReplyDelete
  14. Ala.. drama air mata ke.. huhuhu..

    ReplyDelete
  15. hahaha comelnya budak kecik tu. Jadi lelaki comel, perempuan pun comel. Drama ni pun ramai yang suka jugak tapi tak sempat tengok lagi

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri "aku"
Terima kasih sudi baca dan komen.