Kedudukan Minggu Pertama


Alhamdulillah, semalam Alien Oren ada update tentang Top 10 Peserta Contest #LuckyBlog by AO Minggu Pertama

Dan aku menduduki tempat pertama dengan kutipan points sebanyak 621 points (setakat 22 April). Tapi sebelum tu nak cakap, post entri ni sekadar santai santai sahaja disebabkan tak ada idea nak update apa dan aku busy harini dan esok. Ala busy sebab balik rumah kakak kedua je di Marang hehehe. 

Bukan riak atau bangga diri sebab berada di kedudukan pertama.

Malas nak bawa balik laptop. Naik motor, takut hujan tengah jalan sebab di Terengganu ni cuaca tak menentu. Kan tak pasal pasal laptop aku bermandikan air hujan. Jadi, jalan selamat aku taip siap siap dan schedule tarikh.

Mula mula nak join contest ni rasa macam tak faham syaratnya sebab AO cakap nak menang kena collect entries. Pakai Sweepwidget. First time dengar dan tahu pasal Sweepwidget tu. 

Tak pernah lagi join contest ke giveaway ke yang pakai widget macam ni. Biasa pakai random.org saja tak pun tulis nama atas kertas dan cabut undian.

Lepas tu, tengok senarai hadiah yang bakal dimenangi. Wahhh, hadiah dia lain dari yang lain. Template blog from etsy! Memang dah lama aku survey template blog di etsy tu tapi nak membelinya rasa macam tak penting lagi. Baik pakai yang free template je. Bersepah kan yang free template tu.

Tapi disebabkan nak sangat menang hadiah template blog tu, maka jadilah aku sebagai peserta no 3 contest AO ni. Tak cukup dengan tu, gigih lagi kutip points every 6 hours. Siap set alarm lagi! 

Lepas tu semalam, AO dah turunkan 6 hours kepada 4 hours. Lagilah banyak boleh collect points kan hehehe.
 

Jadi inilah points yang perlu dicollect setiap 4 jam sekali


Kutipan points setakat harini pukul 1.20 tengah hari

Moga moga hari ke 20 dan seterusnya, seketul Atiqah Najihah masih gigih collect points HAHAHA. Jangan hangat hangat tahi ayam please πŸ˜‚

Bloggers lain yang nak join dan sama sama memeriahkan contest ni, boleh join disini: https://www.alienoren.com/2021/04/contest-luckyblog-by-ao.html

Nota jemari: Cepatlah 15 May hahahaha

19 Comments

  1. Rabia pun lepas solat subuh tadi terus ambik phone . kumpul point . syok la main kumpul point ni

    ReplyDelete
  2. K ret asyik terlupa je nak klik setiap 4 jam hahaha..

    ReplyDelete
  3. Wahhh! Akak kagum! πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

    ReplyDelete
  4. Jenuh Naim nk ligan point yg no 1 haha

    ligan-kejar

    ReplyDelete
  5. Tahniah. πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼

    ReplyDelete
  6. peserta paling gigih sekali ni. Alhamdulilah ada yang sudi join dengan kegigihan macam ni. Seronok baca :D

    Nak tamat awal? hurm....akan dipertimbangkan. hahahaha >_<

    ReplyDelete
  7. Wah! Tahniah Atiqah 😁

    ReplyDelete
  8. Semoga Atiqah menang! Melaram dengan baju blog baru.

    ReplyDelete
  9. WAH GIGIH NI...BAGUS...SEMOGA aTIKAH BERJAYA

    ReplyDelete
  10. Hebat. Akak jauh ketinggalan. Hihihi

    ReplyDelete
  11. Wah! Tahniah! Usaha membawa jaya. In shaa Allah.

    ReplyDelete
  12. wah.. menarik hadiahnya ye.. Tahniah... Menang boleh tukar template baru... hehe..

    ReplyDelete
  13. Wahhhh Top #1 TU Atiqah. Semoga ada rezeki menang nanti. Aaminn

    ReplyDelete
  14. apapun tahniah untuk anda :)

    ReplyDelete
  15. Rajin Atiqah collect points ye. Akak pun tak terkejar. Hehe...

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri "aku"
Terima kasih sudi baca dan komen.