Kenangan Melucukan Tarawih 2019

Kenangan Tarawih 2019 | Bila datangnya bulan Ramadhan al Mubarak ini, pasti tiba sekali dengan solat tarawih. Solat yang ditunggu tunggu sebab hanya ada semasa bulan Ramadhan sahaja. Hari ini rasa nak berkongsi cerita kenangan tarawih masa tahun 2019. Tahun 2020 tak ada kenangan sebab Corona virus jadi tarawih tak dapat dilakukan di masjid, dan bazaar Ramadhan pun dibatalkan. Puasa tahun 2019, aku berpuasa di Seri Iskandar sebab masih belajar dan masa itu tengah semester 5 kalau tak silap aku hihihi. 

Pagi petang pergi kelas macam biasa. Kalau tak ada kelas, buat assignment atau kalau tak ada assignment lagi, buat hal sendiri dalam bilik masing masing. Oh ya, aku as degree student tak duduk kolej dah, jadi kena sewa rumah yang berdekatan dengan UiTM. Duduk satu rumah dalam lima orang. Empat orang classmates aku dan lagi seorang kawan kepada classmates aku tapi course yang berbeza iaitu course Estate Management (Pengurusan Hartanah). 

Kenangan Melucukan Tarawih
Biasanya juadah berbuka ini kebanyakan harinya membelilah di bazaar. Kalau hari cuti atau hari tak ada kelas sampai petang barulah akan memasak. Lepas solat Maghrib, siap siap nak pergi solat tarawih di Masjid As Siddiq. Masjid inipun berhampiran dengan rumah sewa juga. Jalan kaki dalam lima minit dah sampai ke masjidnya.

Kami berlima tak buat banyak pun tarawihnya, buat lapan rakaat dan witir tiga rakaat hihihi. Buat 8 rakaat terus balik rumah sebab imam masjid tu terus sambung tarawih. Balik rumah, kami berlima terus solat witir. Bergilir gilir jadi imam antara kami berlima. Apa kenangan yang melucukan bagi kami semua? Kenangan terkejut disebabkan budak budak main mercun! Seorang saja yang terkejut, habis punah barisan makmum dibelakang HAHAHA. Biasalah musim puasa, bunyi mercun itu bunyi wajib lah kan.

Si housemate merangkap classmate aku yang namanya Akashah terkejut sebab bunyi mercun bola. Sangat kuat. Rasa macam budak budak baling dalam kawasan rumah aku saja. Lagipun kami semua solat di ruang tamu. Aku walaupun melatah dan mudah terkejut, tapi aku still boleh tenangkan diri masa solat tu. Sebab kalau aku terkejut masa solat, biasanya aku terus pejamkan mata.

Kalau zaman sekolah menengah dulu, mungkin aku boleh bersilat kalau terkejut. Tapi sekarang Alhamdulillah melatah aku dah bertambah baik. Kalau terkejut, aku biasanya pejam mata sambil tutup telinga hehehe. Si Akashah terkejut, dia boleh pergi gelak. Aku dengan si Fatihah pun dah terangkat bahu tahan gelak tapi tak boleh. Tetap tergelak juga. Tinggallah seorang makmum iaitu si Fitrah yang masih kukuh imannya.

Gelak kejap terus masuk saf balik sebab imam dah nak rukuk. Siap solat, sambung gelak. Semua salahkan si Akashah lah sebab dia punca. Kalau dia tak tergelak, aku dengan Fatihah takkan tergelak sekali hehehe. Kenangan yang terakhir yang tarawih ialah makmum lagi laju daripada imam HAHAHA. Siapa makmumnya? Mestilah si Akashah. Dia dengar imam dah sebut Allahuakhbar dah, jadi dia terus bangun dan duduk antara dua sujud. Aku yang duduk tepi dia ternampak lah dia bangun dan duduk antara dua sujud dan terus sujud semula lepas sedar imam masih sujud. 

Tapi Alhamdulillah, masa aku nampak dia bangun dan sujud semula, terus aku pejamkan mata. Tak nak kejadian terkejut bunyi mercun itu berulang kembali. Jadi sampai sekarang lah, asal puasa menjelma saja duduk terbayang bayang dua kejadian yang berlaku masa solat witir itu. Semuanya gara gara si Akashah. Macam mana dengan kalian? Ada kenangan melucukan tak berlaku masa bulan puasa kalian? 

29 comments

  1. Aduhaii memang tak dapat tahan kalau dah sorang jadi lagu tu. Pelik betul kan. Asal orang tengah khusyuk sembahyang tarawih, sana sini berdentum bunyi mercun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullll hahahaha, kalau sorang dah gelak, memang jangkit dengan yang lain.
      Tulah, kadang geram nak marah sebab betul betul mengganggu bunyi mercun yang kuat tu masa solat.

      Delete
  2. Rasa macam tiada peristiwa lucu masa bulan puasa.
    Haah bunyi mercun boleh buat terkejut. Pernah juga ada bunyi mercun kuat masa solat di surau. Nasib baik tiada yang rosakkan solat. Cuma terganggu bacaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betull, terganggu bacaan dah tak khusyukkkk. Geram jugaklah kadang kadang dengan budak budak yang main mercun tuu.

      Delete
  3. Salam Ramadhan Atiqah 🌹🌹
    Selalu budak budak bakar mercun dan yang kuat bunyi tue... bagai nak runtuh jantung dibuat nyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ramadhan al mubarak Cik Bunga :)
      Iya betul, macam nak luruh jantung kita dibuatnya hahahaha

      Delete
  4. Hahaha.. maaflah tergelak pula..
    Bila terkejut memang tak sedar tindakan spontankan.. bebudak pun bila dapat main mercun memang tak ingat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak sha, tindakan spontan. Bukan saja saja hahaha.

      Delete
  5. yelah kan, dah terkejut tak boleh buat apa heheheh...

    biasa pengalaman solat terawih kat masjid, bila bersekali dengan makcik-makcik udahla dia duduk himpit kita bila dah rapat sangat time kita tahiyat awal atau akhir selalu kene tindih kaki, pastu teringat banyak kali akak punya telekong tertindih dia pastu senget kepala macam apa... last2 2minggu je solat kt masjid lain buat kt rumah, punyala anti ngn geng makcik2... tapi itu dulu la masa bujang lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi kak dana, ni punnn salah satu pengalaman yang rasa geram jugak hahahaha. Kaki kena tindih masa tahiyat akhir, telekung kena pijak, ada tu telekung orang depan terangkat pastu dan dan kita rukuk, terus tersekat bawah kain telekung dia.

      Delete
  6. Haha bila kenangkan mmg kelakar Tu. Kenangan dgn kawan2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenangan yang tak boleh dilupakan mamapipie hehehe :D

      Delete
  7. Lucu la Akashah ni..kenangan masa study & ramadan dengan kawan-kawan memang best..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akashah memang macam tu, seorang penghibur hahaha.
      Betul, kenangan dengan kawan kawan memang best :)

      Delete
  8. adoi naya tengah duk kusyuk mau tak tanjat haha :) salam Ramadan Kareem buat atiqah selamat berpuasa

    ReplyDelete
  9. Terbayangkan pula macam mana situasinya. Hahaha :)

    ReplyDelete
  10. Aduyaiiii! kenangan sangat nih! biasalah zaman study memang maca-macam perangai ada

    ReplyDelete
  11. Oh, mesti best dan happening akak dan rakan2x baik duk serumah. Solat sunat sama2x. Bagus dan terbaik tu kak. :)

    ReplyDelete
  12. Okey akak tergelak baca..hahahha....

    ReplyDelete
  13. Ahahahaaaa.... kalau kakak berada dalam situasi itu, memang tak boleh lupa tima Akashah gelak tu hihihiii.

    ReplyDelete
  14. hehe.. mau tak tergelak... adoiii...
    yang main mercun pun suka sangat main waktu orang solat.

    ReplyDelete
  15. salam ramadhan kareem.. 😅

    ReplyDelete
  16. pernah solat terawikh kat masjid dan tiba tiba blackout. terus lost sbb speaker tak berfungsi. ditambah pula dengan jerit pekik dan hiruk pikuk anak anak kecil yang ketakutan main langgar je semua jemaah

    ReplyDelete
  17. gara2 mercun..tak memasal je..haha..kenangan tu..

    ReplyDelete
  18. Ok, akak terhibur petang-petang ni 😊 kenangan mercun tu...

    ReplyDelete
  19. Dh lama tak pergi terawih. Lamanya sampai timbul rindu. Tak ada adegan lucu tp mercun tu memang menganggu

    ReplyDelete
  20. hahahahaa omgg !! boleh bayangkan this situation ! org kalau melatah ni , terhibur betul

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)