Kucing Oh Kucing

Kucing Oh Kucing | Alhamdulillah perut dah okey, suspek yang disyaki ialah roti gardenia sebab semasa berbuka semalam perasan roti yang bahagian bawah dah naik kulat. Jadi, aku pun suspek roti lah puncanya. Tapi never mind, benda dah berlalu, dan roti itu pun selamat dibuang. 

Harini macam biasa, tak ada idea nak update entri pasal apa, jadi kita pun buka lah bahagian likes di account twitter. Aku suka likes video kucing kucing yang lawak ke sedih ke sebab video kucinglah penghibur aku kalau aku tengah stress atau sedih. Jadi, bila sedih ke stress ke, aku akan pergi bahagian likes dan tengok video video kucing. Cukup menghiburkan bagi aku hehehe.

Kalau korang sedih ke stress ke, apa yang korang buat? Janganlah cakap mengadu dengan Allah, itu pun aku buat. Memang perkara wajib mengadu dengan Allah kalau tengah sedih, stress, gundah gulana. Ni sekadar aktiviti yang boleh menghilangkan stress atau kesedihan korang. Contoh, menjahit, membaca buku, berenang, window shopping dan lain lain lagi.

Jadi, jom kita tengok beberapa video kucing yang aku likes di twitter. 


Tak tahulah ini kucing ke cicak jadian yang comel. Mujurlah reti turun sendiri. Tapi persoalannya, macam mana dia naik? 


Ni lagi seekor. Sedap dia tidur atas wiper kereta tu hahaha. Sama macam sayang aku. Suka betul tidur kat situ. Si oren ni tidur kepenatan berpuasa ni, sampai orang kejutkan pun, dia masih buat tak tahu. TERPALING LETIH begitu 😂 


Cubaan meragut! Dia punya sedap landing atas surat khabar tu, sampai berterabur surat khabar kat situ hahaha. Comel je sambar tangan orang sebab nak ajak main.


Pengaruh WWE ni, sakan dia wrestling member dia hahaha. 


Bila semua orang busy dan tak sempat bermain be like 👆 Diri sendiri yang gerakkan bulu tu, diri sendiri yang pergi kejar hahaha.

Dan yang terakhir,


Jangan lupa pakai SUNSCREEN! Kalau tak jadi macam kucing ni HAHAHAHA. Ni namanya kucing habis ink. Ink oren di muka je, sampai kat badan, ink pun habis, jadilah warna putih sahaja 😆


Nah tengok muka sunburn dah tu, jadi jangan lupa pakai sunscreen walaupun hari mendung sebab cahaya matahari sentiasa ada memancar di siang hari 😛

19 Comments

  1. hahaha kita suka tengok video kucing tapi saya takut kucing🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti belajar slow slow pegang kucing hehehe, kucing manja tahu :P

      Delete
  2. Hahaha sama laa k ret pun sejenis takut kucing.. Bkn la tkut camne tp mcm kurang ngan kucing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhhh ingatkan kak Ret pencinta kucing hehehe
      Tapi kak Ret sama macam kawan sayalah, kurang dengan kucing sebab alah dengan bulu.

      Delete
  3. Comel kucing-kucingnya.. Anak Akak suka sangat ngan kucing..

    ReplyDelete
  4. Kak Amie kalau stress suka membaca dan berjalan, tengok panorama alam.
    Suka kucing! Selalu datang kucing ke rumah, masuk dapur hahahaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok panorama tu punnn boleh release stress kan kak amie hehehe.
      Wahh masuk dapur tu tak lain tak bukan mintak makanan lah tu kan hahaha

      Delete
  5. k.naniey pun sama bila serabut ke, stress n nak happy diri sikit, gelak2 tengok kucing. mcm2 hal dorang ni.
    lain mcm nmpk oyen kat kepala je.

    ReplyDelete
  6. Rabia tengok video kucing jgk . suka tgk. Byk kali tgk. Rasa cam nak bela kucing pun ada. But I ada asthma kan.

    ReplyDelete
  7. Halah.. halah.. comel overload nie.. hahaha..
    Yang panjat dinding untuk turun tu dah macam spiderman.. hahahaha

    ReplyDelete
  8. Pandai kucing main sendiri, layan diri.
    Kalau bosan atau telang, banyak tidur. Hehe.

    ReplyDelete
  9. tu tak mampu nak beli sunblock hahahaha

    ReplyDelete
  10. Akak suka kucing tapi akak takut dengan kucing..

    ReplyDelete
  11. suka tgok gelagat kucin kat rumah..lagi time tido..ya Allah...memang ikut stail manusia tido hahahah bergelimpang sana sini lol

    ReplyDelete
  12. Akak suka karaoke untuk release stress. Tapi kalau tak dapat,layanla movie

    ReplyDelete
  13. yang kucing cicak tu kagum betul dia melekat kat dinding. saya suka save kat insta gambar atau video kucing yang comel :)

    ReplyDelete
  14. Samalah, anak akak suka tunjuk akak video kucing juga. Kucing yang boleh cakap la, macam-macam gelagat. Tergelak pulak akak tengok kucing last tu. Muka oren, badan putih. Hehe..

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri "aku"
Terima kasih sudi baca dan komen.