Mana Satu Pilihan Hati?

Mana Satu Pilihan Hati | Eh, jangan salah faham, post entri ni bukan pasal cinta. Pilihan hati chocojar sahaja hehehe. Sebelum tu, salam Jumaat semuanya.



Mouthgasm Crunchy. Chocojar brand pertama aku beli masa chocojar tengah viral. Dulu ada satu jenis je which is perisa mocha, but now dah ada jenis kedua iaitu macchiato

Yang dalam gambar tu jenis mocha, coklat hitam. Macchiato coklat putih. Aku tak tahulah dah berapa kali aku repeat beli mouthgasm crunchy ni. Memang kena dengan selera aku. Walaupun tak suka mana mocha, tapi bila makan ni, dia macam "eh, boleh telan pulak." 

Tak kuat sangat rasa mochanya, acceptable bagi aku. Macchiato tu baru sekali aku beli dan tak berhasrat repeat sebab tak berapa kena dengan selera aku. Sedap je, cuma bagi aku mocha tu lagi sedap. Manis. 

Kalau sesiapa yang jaga kesihatan, mungkin tak boleh habiskan kot sebab manis.  Ohh lagi satu, dalam mouthgasm ni ada cookies and cookies dia pun sedap. Tapi tak banyak lah cookiesnya, tak lebih 10 keping (betul ke keping) kot. 

Aku pun dah selalu kena bebel dengan kakak aku sebab asyik beli je, nanti kencing manis baru tahu 😂


Choco Jerr. Dua kali je aku beli. Dua kali beli, dua kali aku dapat coklat yang dah nak kering. Sedap je cumanya, kalau tak kering, mungkin lagi sedap! Mungkin stock lama kot, sebab dah kering. Seller pun bukannya tahu, isi dalam tu kering ke tidak, sebab seal kan. Takkan nak buka pulak kan. 

Choco Jerr ni kalau tak silap ada banyak jenis contoh bubble rice, baby crunch, qkiss chip dan satu lagi lupa. Tapi haritu aku beli bubble rice, baby crunch dengan qkiss. Yang paling latest bentuk ikan kalau tak silap, yang tu belum dicuba hehehe.


And the last one, NIMS Crispy Choco Tub. Sekali je beli sebab masa tu tengok ada lebihan duit dalam shopee pay, so kita beli lah choco tub ni. Beli yang coco rice. Sedap jugak.

Coklat dia banyakkkk, sampai tak habis aku makan. Masalahnya, coklat dia duduk bawah bawah. Mula mula makan tu, puas korek coklatnya, ingatkan coklat dah kering lah. Sekali bila dah nak habis tu, ya rabbi coklat dia duduk bawah rupanya. 

Jadi mana satu pilihan hati? Semua pilihan hati aku HAHAHA. Tak boleh buat pilihan. Selagi nama dia coklat, selagi tu aku suka. Janji halal. 

Sekarang tengah tunggu rielkies by Aeril Zafril. Tengok ramai sangat dah cuba, kita pun nak join lah sekali. Dah dua hari beli, seller tak pos pos lagi. Jadi kita tunggulah lagi untuk hari ketiga. Kalau tak pos jugak, cancel lah jawabnya huhuhu.

Frunchie tu pun nampak sedap jugak tapi banyak bad reviews. Pernah viral beberapa kali sebab isi dalam tu tak banyak dan tak berbaloi dengan harga. 

Ada lagi ke brand lain untuk chocojar? Mana tahu boleh try lepas ni hehehe.

Kalau korang, biasa makan brand apa?

20 Comments

  1. Mengancamnya coklat itu. Saya tak pernah try lagi cocojar nih nampak macam sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try satu dulu, mana tahu berkenan di hati hehehe :P

      Delete
  2. Macam boleh buat sapu roti ek.
    Tidak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak NA, sapu roti punnn sedapp. Saya dah pernah buat hehehe

      Delete
  3. semuanya menggoda selera tp sy belum pernah try mana2 choco jar yg ada ni...

    ReplyDelete
  4. Kalau dah namanya coklat, memang susah nak pilih..

    ReplyDelete
  5. Tak tahu mana satu nak pilih kalau dah semuanya nampak sedap. Lama tak makan kudapan moden yang manis ni. Ramai juga selebriti yang jual lebih kurang macam ni. Bolehlah pilih ikut taste dan harga :)

    ReplyDelete
  6. Akak lah tu, golongan yang jaga kesihatan. haha. chocojar ada dark chocolate x? tu je yang akak makan

    ReplyDelete
  7. betul2 bila nama pun coklat semua pun sedap2 je hahaha...
    tp cuma k ret kureng klu dark choc je.. sbb pahit tekak hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn! Nama coklat semua sedapppp hahaha.
      Samalah, dark coklat pun saya tak suka mana gak sebab pahit dia tu tak boleh bawak bincang hahaha

      Delete
  8. waaah ? susah mahu memilih coklat mana saja yang disuka, semua terasa sedap namun favorit saya cokies good time yang bikin gak mahu berhenti makan .

    ReplyDelete
  9. Akak tak pernah makan lagi, Atiqah, choco jar ni. Memang selalu nampak, tapi akak kalau makan coklat, rasa ngilu bila lekat kat gigi tu. Terus tak jadi beli.

    ReplyDelete
  10. choco yg sedapp tuuh... 😅

    ReplyDelete
  11. tak pernah makan lg brand2 ni semua..Mouthgasm nampak sgt yummy!

    ReplyDelete
  12. Anak² saya suka makan cocojar ni..

    ReplyDelete
  13. Wahhh. Sedapppppp! Tp kokojar ni akk xpenah makan lagi.. kalau nk beli rielkies dari aeril zafril boleh je nk beli ngn akak.hahah

    ReplyDelete
  14. Apapun..akak tetap suka yang Mouthgasm tu...sedap dan suka botol dia,nak beli lagi la....Dania suka kumpul botol dia tu....unik katanya...lepas tu jadi tempat simpan duit syiling

    ReplyDelete
  15. Belum cuba lagi. Dah lama tak beli coklat hahahahaa!

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri "aku"
Terima kasih sudi baca dan komen.