Memorist

Korean Drama Memorist | Sebuah drama yang bergenre aksi, detektif, misteri, penyiasatan dan thriller dan ditayangkan pada 11 March 2020 hingga 30 April 2020. Dibintangi oleh Yoo Seung Ho, Lee Se Young, Cho Seong Ha dan ramai lagi.

Info drama:

  • Tajuk: Memorist
  • Pengarah: Kim Whee, So Jae Hyun
  • Penulis: Jae Ho (webcomic), Ahn Do Ha, Hwang Ha Na
  • Network: tvN
  • Episode: 16
  • Tarikh tayangan: 11 March 2020 hingga 30 April 2020
  • Negara: Korea Selatan

Sinopsis:

  • Semasa Dong Baek pelajar sekolah menengah, dia tiba tiba mendapat kekuatan ghaib. Setiap kali dia menyentuh seseorang, dia dapat membaca memori orang tersebut.
  • Dong Baek mengatakan kemampuannya untuk membaca minda orang telah menjadikan ia seorang detektif. Semasa menjadi detektif, dia menghadapi kes pembunuhan bersiri yang misteri. 
  • Kisah silam Dong Baek yang tidak dapat diingati dan bagaimana dia boleh mendapatkan kuasa tersebut turut terbongkar.

Barisan pelakon utama:

Yoo Seung Ho sebagai Dong Baek

Lee Se Young sebagai Han Sun Mi

Cho Seong Ha sebagai Lee Shin Woong

Yes, another drama yang aku cadangkan untuk tengok. Walaupun daku tak minat heroinnya, tapi daku minat heronya. Maka daku gigihkan diri tengok drama korea ni 😂 Bulan puasa nak layan drama ni boleh lah sebab langsung tak ada scene romantik. Memang langsung tak ada. Memang 100% penyiasatan kes pembunuhan. 

Best! Genre macam ni aku suka. Kalau romantik sepanjang masa, memang boringlah. Genre macam drama ni boleh buat otak aku sakit memikirkan siapakah pembunuhnya, macam mana boleh berlaku, memang banyak betul teori drama ni dalam kepala otak aku. 

Bestnya kalau boleh baca memori orang lain ni HAHAHA. Boleh tahu apa yang dia sedang fikirkan, apa yang dia pernah buat, semua boleh tahu! Tapi berangan jelah, dalam drama jelah ada kuasa macam tu. Kalau realitinya memang tak ada aku rasa. 


Scene gambar atas tu Dong Baek bagi peminat dia pegang diri dia sebab dia nak baca memori budak perempuan tu. Tapi kalau dalam mahkamah, cara Dong Baek dapatkan maklumat tentang pembunuhan melalui membaca fikiran orang tak akan valid. Sebabnya tak ada bukti. Bukti Dong Baek ialah baca fikiran orang. Kalau macam tu, semua orang boleh reka cerita kan hehehe. Jadi Dong Baek memang kena cari bukti fizikal jugak untuk membuktikan apa yang dibaca dalam kotak memori seseorang tu betul.


Macam biasa, boleh tonton di apps Viu dan website kissasian. Selamat menonton :)

18 Comments

  1. Satu lagi K-Drama yang best kan kak. K-Drama banyak sangat drama berkualiti. GV suka juga tgk kalau drama penyiasatan atau misteri hanya fokus pada topik ini dan tiada adegan romantika d amor semua sebab rasa macma tak perlu utk cite genre camnie. huhu. Nanti free GV nak try tgk cite ni nanti. Good info to share kak. hihi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, saya pun suka kalau drama penyiasatan atau misteri ni, boleh buat otak kita ligat berfikir hahahaha. Nanti try lah tengok GV. Best! :D

      Delete
  2. citer ni psiko gak ni..
    letih tgk dulu ahahah...

    Try tengok MOuse & Beyond evil.... terbest drama penyiasatan so far!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mouse dengan beyond evil tu dalam waiting list gak, tunggu habis vincenzo baru nak tengok hahahaha

      Delete
  3. Okey...next boleh tengok citer ni plak...

    ReplyDelete
  4. Kena cari masa untuk tonton drama Korea. Memang peminat!

    ReplyDelete
  5. Amboii jelitanya dia punya heroin

    ReplyDelete
  6. Kalau dapat kuasa baca hati or minda orang memang best kan. Boleh tahu orang yang kutuk2 kita. hehe..

    Salam Ramadhan Atiqah. Baru dapat jalan2 kat sini baca entri

    ReplyDelete
  7. Wah, mesti best jalan cerita drama nie..

    ReplyDelete
  8. Best betul ada kuasa luar biasa boleh tahu memories seseorang tu. cerita ni trending tapi itulah simpan je tak tengok tengok sampai ke sudah

    ReplyDelete
  9. wahh...bestnya kalau ada kuasa macam tu...hehehe

    ReplyDelete
  10. handsomenyaaaaa hero dia niii.. membuatkan akk nk tgk ni.hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Handsome! Tengok la kak nadyaa HAHAHAHA, crush saya ni :P

      Delete
  11. Antara drama yang suspen dan ohsem ditonton.. Memang layanlah drama ini..

    ReplyDelete
  12. Dah masuk list akak dah rasanya ni... tapi belum sempat tengok lagi.

    ReplyDelete
  13. Tak tgk lg drama korea ni. Wahh skrg nk tgk drama pun tak sempat dh hahah

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri "aku"
Terima kasih sudi baca dan komen.