Mengapa Anda Berblog?


Mengapa Anda Berblog? | Disebabkan kebuntuan idea nak update apa, kita pun fikir punya fikir, maka terhasillah post entri ini hehehe.

Mengapa anda berblog? 


Sepertimana aku pernah beritahu sebelum-sebelum ini, aku dah terjebak dengan dunia blogging since 2010/2011. Tapi disebabkan sibuk (read as: tak ada kemudahan internet, tak ada laptop), aku terpaksa berpisah sementara dengan dunia blog. 


Lagi satu sebab, aku dah masuk sekolah berasrama kemudian sambung belajar sampailah dah habis degree bulan Januari tempoh hari. Aku cipta akaun blogger sebab suka suka sahaja untuk mengisi masa lapang. Masa itu, tengok kawan kawan sekelas ada blog masing masing, jadi aku pun nak juga. 


Hasil tunjuk ajar kawan kawan, maka terhasillah blog lama aku. Ya, dulu aku ada blog lama, tapi sebab tak fikir panjang, blog tersebut dah selamat dipadam buat selama-lamanya.


Baca sini: https://bilagadiskidal.blogspot.com/2021/03/blog-lama-vs-blog-baru.html


Lagi satu sebab mengapa aku berblog ialah sebab aku suka menulis, menaip. Pernah bercita cita nak jadi secretary, almost nak register di kolej vokasional dan ambil bidang kesetiausahaan, tapi sadly ayah tak bagi hehehe. 


Kalau zaman kecil-kecil dulu, diary aku tak payah cakaplah, bersepah. Sampai membebel arwah mak sebab asyik beli buku sebab nak dijadikan as diary book. Semua benda nak ditulis dan diceritakan. Makanya, bila dah reti bahasa, aku pun sign up blogger.com.


Tapi zaman 2010/2011, laptop dan telefon sangatlah mahal, kalau ada pun komputer. Komputer abang kedua aku yang ayah beli masa dia belajar di universiti. Itu pun berebut dengan adik beradik lain, sebab satu sahaja yang adanya, yang nak main tujuh orang HAHAHA.


Lepas itu, zaman dulu ada yang kerajaan sediakan pusat komputer ke apa entah, yang dalam itu dia sediakan beberapa buah komputer beserta internet. Jadi petang petang, lepas balik sekolah, terus pergi sebab nak buka facebook (zaman itu facebook masih terhangat di pasaran), nak buka blog dan sebagainya. 


Tapi sekarang, pusat komputer itu pun dah tak dipandang. Masing masing dah ada telefon canggih canggih, laptop hebat hebat. Rangkaian internet pun dah ada di mana mana sahaja. Tahun 2021 dan seterusnya, semuanya di hujung jari!


Nota jemari: Rasa macam ending tergantung 😂


Okey lupa nak tanya, macam mana dengan kalian? Ada spesifik sebab ke mengapa kalian berblog? Since when kalian dah terjebak dalam dunia blog ini? Mind to share? 😉

21 comments

  1. Akak pun start berblog 2011 atas sebab suka². Bila dah dapat income dari Nuffnang, Semangat berblog semakin meningkat. Namun, bila dah Ada anak beblog pun semakin kurang... Tapi still update. Cerita pun banyak yang merapu. Bila dah dapat akaun AdSense blog, Cuba untuk menulis dengan serious. Tapi tu la mood asyik kelaut. Hahaha...

    ReplyDelete
  2. hahaha kak ret pun dah x ingat nape berblog...
    maybe sebab dulu kita aktif berforum / chat room awal 2000..
    Pastu wujud plak FB/ fotopages ...
    Then tetiba member-member yang dikenali dari semua di atas, ajak join blogger plak.

    Hahaha... rasa nya masa tu semua ikut trend kot...
    Dalam masa blogging tengah naik... FB pun sama naik nya juga... Fotopages pun sama tp ada satu lagi (lupa nama) yg tu kak ret x join dah sebab rasa mcm byk sgt socmed masa tu..

    Bila dah berblog ni, jumpa plak ngan geng-geng chating kat blog... dulu2 orang suka letak chat box kat tepi blog...

    Wujud plak MSJBOX....
    Zaman meriah n zaman aktif sangat masa tu...
    Geng-geng yg sempat guna MSJBOX masa tu, tau la betapa kami semua aktif sangat..

    Dan apa tujuan berblog?
    Hahahah rasanya kak ret just ikut peredaran zaman ... xde specific details sangat la nape berblog :D

    ReplyDelete
  3. https://rabiadawiyah21.blogspot.com/2017/06/best-ke-jadi-blogger.html?m=1

    Nanti komen tau

    ReplyDelete
  4. Jika Naim mula start blogger since 2010 lagi. just luahan perasaan lepas tu baca penulisan otai blogger blog aka rumah alam maya mesti ada identiti sendiri. Lepas itu banyak entri lebih tersusun bagi Naim la hahaha

    ReplyDelete
  5. sebab masa mula-mula keje dulu ex boss selalu mintak tolong dia start blog. pastu terpengaruh plak. so, dari situ start tulis blog. niche awal travel tapi pastu dah caca-marba sampai sekarang. same like you, akak pun suka tulis diari. even sampai sekarang

    ReplyDelete
  6. blog sebab takde kawan hahahahah....takdelah..blog dulu macam fb. selalu jadi tempat tukar cerita dengan beradik. maklumlah dulu semua duduk jejauh. tu yang sampai sekarang prefer cerita dkt blog berbanding fb.

    Blog best kot...rugilah tak cuba. hahahah

    ReplyDelete
  7. akak mula berblog tahun 2010, tapi masa tu banyak yang mengarut je hehehe... tulisan pun entah apa-apa...
    akak berblog saja untuk mengisi masa lapang, suka menulis dan membebel sambil boleh kongsi cerita hehehe

    ReplyDelete
  8. ASsalamualaikum, reason kita adaalah sama.. SS suka menaip. kat blog ni mcm bebas sikit nak menaip, nak sharing.. lepas menaip tak kisah laa pasal apa, terus rasa ada kepuasan, walaupun blog pernah bersawang. hehhe. happy blogging!

    ReplyDelete
  9. Lama juga ye, Atiqah dalam dunia blog.
    Akak berblog sebagai tempat bercerita. Suka baca cerita orang, resepi orang, pengembaraan orang, jadi, dapat banyak info hal yang akak tak tahu.

    ReplyDelete
  10. kebanyakkan terjebak dgn blog ini mmg mulanya utk suka2 kan hehe

    ReplyDelete
  11. cam yaya xingt pula sebab memula dulu berblog. tp lau msuk 2021 ni kira hampir 10taun jgk la ada blog ni..jap aktif jap x..hihu..gitu la..

    ReplyDelete
  12. Akak lama juga, berblog dari Friendster 2005 atau 2006? Lama juga. Asal untuk cerita apa berlaku pada diri. Waktu itu cerita lebih peribadi.

    ReplyDelete
  13. Suka suka sebab nak luahkan perasaan kat blog. Bila baca entri lama rasa nak lempang diri sendiri. hehe.. then update resepi senang nak rujuk. Sampai sekarang rujuk resepi kat blog sendiri bile lupa bahan2. Lepas tu zaman nuffnang dapat earning. tp time tu traffic tinggi memang best lah dapat duit. Lepas tu stop. Tahun ni baru nak aktif semula.

    ReplyDelete
  14. terpengaruh dgn kak ipar... dia yg start buat blog. lama2 sy tersuka. sy aktif smpi skrg dia pula dah tersembam ke bumi hehehehe

    ReplyDelete
  15. Mula-mula berblog dulu nak kisahkan pasal perkembangan anak, lama-lama dah jadi tempat perkongsian macam-macam terutama sekali hobi..

    ReplyDelete
  16. sama lah. Mula mula berblog suka suka je sebab tengok orang lain ada blog macam best je. kurang aktif masa sambung degree dan kerja.

    ReplyDelete
  17. Tujuan akk buat blog dulu sebab someone. Sbb dia suka luahkan kat situ. Akk rasa wah bestnyaaa. N then akk ponn buat benda yang sama. Mungkin sebab tuu kott akk delete blog tuu. Memalukan betul. Hahahah

    ReplyDelete
  18. Akak start blogging lepas adik akak buat blog pasal akak, lepas tu dia kahwen, dia pregnant dan akak amik alih sampai la sekarang..

    ReplyDelete
  19. Sama.. start masa 2010.. Baru habis SPM.. sebab minat subjek Bahasa Melayu... so rajin baca blogorang.. teringin jugak buat luahan bagai.. test jadikan blog comel comel gituu.. Hahahaha.. keep it up!

    ReplyDelete
  20. Kak Amie tak suka bawa beban kerja (fikirkan kerja) kalau berada di rumah. Nak santai-santai, masak di dapur untuk keluarga. Selalu ambil gambar masakan dan kongsi di FB. Abang Farid cadangkan kenapa tak buat blog, kongsi resepi di blog. Itulah asal mula berblog. Sekarang blog dah jadi cacamerba, rojak jadinya heheheee.

    ReplyDelete
  21. Sama lah. Berblogging sejak tahun 2010 lagi. Waktu tu memang Blogger tengah hot. Macam pisang goreng panas. Paling tak boleh blah banyak widget tersusun penuh kat sidebar. Jam, ikan, post counter yang bling-bling semua ada. Waktu tu tengah trending lah katakan. Ramai blogger femes jadi ikutan para newbies.

    Tapi tak ingat, mungkin start masuk tahun 2015, dunia blog dah kurang sambutan. Ramai blogger femes dah slow buat entri. Kurang masa sebab nak fokus kat rumahtangga pulak. Sekarang boleh kira berapa kerat je blogger femes yang masih aktif. Ramai dah beralih ke FB, IG dan Twitter.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)