New Home, New Environment


New Home, New Environment | Alhamdulillah dah selesai pindahkan barang barang dari rumah kakak kedua ke rumah sewa yang baru di bandar Kuala Terengganu. Penat! Jumaat minggu lepas dah ada pindahkan sikit sikit, tapi semalam memang pindahkan hampir kesemua barang barang aku dengan kakak ketiga. Ada yang tinggal jugak sebab barang tak penting hahaha, tengoklah ambil nanti nanti. Bawa yang betul betul penting saja. 

Pemandangan dari bilik aku dan kakak ketiga. Hari hari tengok Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) lah ye lepas ni hahaha. Masjid pun dekat, senanglah nak dengar azan waktu subuh dan waktu waktu yang lain terutama sekali waktu Maghrib masa bulan puasa nanti hehehe.

Alhamdulillah dapat bilik master bedroom, toilet pun dalam bilik. Senang sikit, tak payah berkongsi dengan penghuni rumah yang lain. Penghuni rumah yang lain pun kawan kawan kakak juga sebab housemanship (HO) di hospital yang sama. 


Banyak betul barang barangnya. Banyak trip jugak lah tadi angkut barang. Angkut barang dari bonet kereta ke bawah tangga, dari bawah tangga ke tepi lif, dari tepi lif ke dalam lif, dari dalam lif ke luar rumah, dari luar rumah ke dalam bilik. Naik lif acap kali, terasalah pening kepalanya. Cadangnya nak kemas terus tadi tapi bila fikir fikir balik, kemas esok jelah sebabnya nak balik rumah kakak kedua semula. 

Perjalanan dari rumah sewa ke rumah kakak kedua dalam 30 minit, so bila hari dah petang, kita pun beransur pulang lah. Malas nak balik waktu malam sebab naik motor. Kakak pun tak boleh bawa motor malam malam sebab silau. Tak apa, esok kan ada lagi. Pulunlah kemas esok sebab hari Ahad dah start bekerja. Kakak aku lah, aku still goyang kaki HAHAHA. 

14 Comments

  1. Kira oklah dapat master bedroom. Toilet pun dalam bilik.

    Nampak banyak jugak barang Tiqah. Hehe... Mesti penat Kan?

    ReplyDelete
  2. Hehe seronok ikut pindah. Tempat pun strategik.

    ReplyDelete
  3. Untung dapat master bedroom. Luas dan bilik air takpayah kongsi. Bestnya view rumah tinggi tinggi ni. Luas permandangan.
    Selamat mengemas nanti :)

    ReplyDelete
  4. wah best ar dpt area umah strategik ye...
    dekat town ok laa... dpt master bedroom lagi tu...mmg puas hati la kan hehee :)

    ReplyDelete
  5. Bestnya dapat masterbedroom...akak ni tak dapat2 lagi bilik sewa..nanti dah sibuk x tau la macam mana kan

    ReplyDelete
  6. duduk dgn xyah sewa ke? bestnyer

    ReplyDelete
  7. Kuala Terengganu kak ? Ingat dulu pernah GV pergi home stay kuala terengganu. terkejut tgk makcik jual sarapan pagi ada jual satay siap dengan nasi himpit dan kuah kacang. nasi minyak terengganu is the best. rindu makanan kat terengganu. huhu. nice place kak. hihi. :)

    ReplyDelete
  8. dh siap kemas ke? nk tengokkkk... hehehe

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah dapat master bedroom.. senang nak mandi semua.. hehehe..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, dapat master bedroom with bathroom...

    ReplyDelete
  11. hahahaha nampak macam sikit tapi berulang kali jugak nak mengangkut ea

    ReplyDelete
  12. Kakak suruh berdikari Tu hihii.. cantik oandangan view Dari tingkap tu

    ReplyDelete
  13. Cantik view.. Mesti banyak kalori di bakar. hehe.. penat berpindah lepas tu nak kemas pula. Lepas settle semua tu mesti lega sangat

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri "aku"
Terima kasih sudi baca dan komen.