Random Photos in Gallery

Random Photos in Gallery | Kekeringan idea nak update blog, jadi kita belek belek lah gambar dalam gallery kot kot boleh dijadikan content blog hehehe. Biasanya gambar gambar tak penting ni dah lama didelete tapi bila fikir fikirkan balik, mana tahu boleh dijadikan content blog bila mati akal nak tulis pasal apa hihihi. Jadi jom kita tengok sebelum didelete forever. 


Gambar pemandangan dari bilik master bedroom yang bakal dihuni oleh aku dan kakak aku, in shaa Allah kalau tak ada aral melintang, jumaat depan pindah sana. Tingkat 8, tapi tingkat 1 hingga 6 tu as parking lot, so kiranya rumah ni tingkat 2 jelah kalau buang 6 tingkat dibawah tu hehehe.


Ambil gambar business hours kedai gambar sebab kakak nak ambil gambar passport. Tapi masa tu ramai orang, so ambil dulu business hours ni. Senang nak tahu buka atau tutup pukul berapa.


Kemas bilik sebab nak pindah then terjumpa sheet mask ni. Banyak gila! Muka ada satu je, yang sheet mask ni ada berpuluh puluh. Beli time sales, pastu pakainya tidak. Buat pekasam dalam skincare storage HAHAHA. Sheet mask ni not bad, best je pakai. 


Karnival PenjanaKerjaya. Kakak kedua suruh pergi tapi tapi tak ada kerja yang menarik perhatian aku. Kalau ada pun, jauh dari rumah sewa aku. Masalah transportation pun satu hal jugak. Hmmmm.


Beli melalui foodpanda. Popia pisang. Sedap makan masa panas, kalau dah sejuk, kulit popia tu dah tak sedap. Dah tak rangup. Beli mix punya, dan paling tak sedap cheese. Aku memang minat cheese tapi bagi aku, popia pisang cheese ni tak berapa menjadi *selera aku* hehehe.


Pisang cheese coklat! My favorite! Ya Allah sedapnya, teringin pulak sekarang ni HAHAHA. Tapi pisang cheese coklat ni tak berapa sedap kalau nak dibandingkan dengan kedai yang aku biasa beli. Manis! Makan sekali sekala tak apa kan? 😂


Maaf bilik bersepah sebab dah kemas separuh barang barang yang nak dibawa ke rumah baru hehehe. Gambar si itang, balik jalan jalan terus masuk bilik aku then tidur. Salah satu tempat favorite dia jugak tu. Tidur bawah galah kain. Tapi paling favorite, semestinya atas selimut merah hehehe.


Design lama rumah abang aku. Design ceiling tinggi. Memang design lama. Satu tingkat rumah standard di Malaysia dalam 3 meter. Tapi rumah kawasan abang aku ni, almost 6 meter. Dah boleh jadi 2 tingkat rumah dah. Tak pun boleh buat half floor atau buat mezzanine pun lawo! 


Contoh mezzanine library. Cantik. Boleh buat mini library kat mezzanine tu. Dulu masa buat assignment, aku ubah kelas lama jadikan mini library dan ada mezzanine. Pakai software Revit. Senang! 

Dan yang terakhir...


Gambar yang nak dijadikan wallpaper whatsapp. Baru download di pinterest. Yes, jenis aku suka tukar tukar. Tengoklah blog aku, tukar template lain pulak dah HAHAHA.

29 Comments

  1. banyaknya mask...meh sini sekeping...hihiihi

    ReplyDelete
  2. Setiap gambar ada kisahnya. saya pun suka ambil gambar operation hours kedai. senang ada details situ. Tak ada idea, boleh jadi modal untuk entry. Itulah perasan dah berapa kali awak tukar template :) takpe, pilih selagi boleh pilih ikut taste kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, senang nak rujuk kalau tahu operation hours kedai.
      Hehehe maybe last template kot tukar kali ni :D

      Delete
    2. HAHAHAHA in shaa Allah sure :D

      Delete
  3. cantik sungguh mezzanine library tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantikkk kan. Saya pun berkenan dengan mezzanine tu hehehe

      Delete
  4. hhahha klu tgk random gmbr dalam henpon k ret, mati la byk gmbe selfie si Uyum je ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAH si Uyum menguasai gallery dan camera kak Ret ni

      Delete
  5. Okey, masks tu dah boleh buat jual 😂
    Idea buat mezanine library tu cool giler!

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHA singgit satu saya jual :P
      Lawo kan! Nanti ada rumah sendiri, boleh lah buat hehehe.

      Delete
  6. Cantik betul design mezanine library pun.. akak pun berangan nak design gitu.. hihi.. anyway, TAHNIAH kerana awak terpilih menjadi salah seorang top commentator dalam jurnal akak...

    https://www.shikinrazali.com/2021/04/top-commentator-bulan-april-2021-tahniah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantikk kan! Saya pun berkenan hehehe.
      Wah alhamdulillah rezeki Allah. Terima kasih akak :D

      Delete
  7. saya suka ambil gambar. Setiap gambar ada ceritanya

    ReplyDelete
  8. haha samalah kita. semua benda nk ambil gambar pastu diam je gambar tu dalam gallery last last delete 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal, last last delete terus, tak tengok dah hahahah

      Delete
  9. hi jom join GA menarik ni!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    ReplyDelete
  10. Selamat berpindah. Hehe betul gambar boleh beri idea untuk menulis.
    Akak tengah cari kekuatan menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih akak.
      Betul tu, gambar pun boleh membantu kita untuk menulis kalau kekeringan idea hahaha.

      Delete
  11. setiap gambar ada kisahnya kan... tinggal lagi mood nak bercerita tu je yang tak berapa nak datang hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tunggu mood je mai datang, memang banyak lagilah benda nak diceritakan hahaha

      Delete
  12. mezzanine library tuuu menarik laa. cntiknyaaaaa

    pisang tuuu sedaaaapppp nyeee

    ReplyDelete
  13. Memory full dalam fon tapi sayang pula nak buang sesetengah gambar dlm tu. Nak upload kat ig dan fb memang tak la. Tapi boleh upload kat blog.

    Idea library tu menarik sangat..

    ReplyDelete
  14. me kalau nak share random photo.. mmg too random la

    ReplyDelete
  15. psstt...akak pun ada banyak mask muka yang blom guna..ada yg dh expired sebab x pakai...biasa anak akak suka pakai...skrg dia pun jarang pakai dh

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri "aku"
Terima kasih sudi baca dan komen.