Korean Drama: Vagabond


Korean Drama Vagabond | Sebuah drama yang bergenre aksi, jenayah, penyiasatan, suspense, thriller dan romance. Ditayangkan pada 20 September 2019 hingga 23 November 2019. Dibintangi oleh Lee Seung Gi, Bae Suzy, Shin Sung Rok dan ramai lagi.


Info drama:

  • Tajuk: Vagabond
  • Pengarah: Yu In Sik
  • Penulis: Jang Young Cheol & Jung Kyung Soon
  • Network: SBS
  • Episode: 16 
  • Tarikh tayangan: 20 September 2019 hingga 23 November 2019
  • Negara: Korea Selatan


Sinopsis:

Cha Dal Geon (Lee Seung Gi) adalah seorang lelaki stunt yang bermimpi menjadi pelakon aksi terkenal di dunia. Kerjayanya musnah apabila anak saudara yang dijaganya mati dalam penerbangan yang terhempas semasa dalam perjalanan dari Incheon ke Maghribi untuk pameran taekwondo.  

Cha Dal Geon melihat seseorang dalam khalayak ramai yang merupakan salah seorang penumpang dalam kapal terbang yang terhempas.  

Go Hae Ri (Bae Suzy) adalah seorang ejen NIS dan kini bekerja secara rahsia di kedutaan Korea di Maghribi. Dia ditugaskan oleh kedutaan untuk membantu keluarga yang berkabung dari kapal terbang yang terhempas.  

Dal Geon meminta pertolongan daripada Hae Ri untuk mendapatkan maklumat tentang lelaki yang dilihatnya di Maghribi. Tidak lama kemudian, Dal Geon dan Hae Ri membongkar konspirasi yang jauh lebih gelap dan menyeramkan daripada yang mereka harapkan.

Barisan pelakon utama:


Bae Suzy sebagai Go Hae Ri

Lee Seung Gi sebagai Cha Dal Geon

Shin Sung Rok sebagai Gi Tae Ung

Best! Recommended! Tapi kalau tak silap ada season 2 yang masih belum pasti bila akan ditayangkan. Kalau sesiapa yang tak suka menunggu, better tak payah tengok lagi HAHAHA. Ending dia tergantung, rasa geram sungguh sebab ending tergantung. Nak tunggu season 2 memang lambat lagilah jawabnya.

Korean drama ini pun tak banyak scene romantik. Sebab dia more to action, penyiasatan dan thriller. Disebabkan anak saudara dia mati, impian dia nak jadi pelakon aksi terkenal tak dapat diteruskan. Dal Geon nak mencari keadilan untuk kematian anak saudara dan kawan kawan sekolah anak saudaranya. Macam macam dia lalui. 

Kapal terbang yang dinaiki oleh anak saudara dan kawan kawannya terhempas sebab konspirasi jahat. Siapa tak marah? Nyawa orang lain dijadikan kambing hitam oleh sesetengah pihak yang tak bertanggungjawab dan jahat. 

Sumpah geram! Hehehe. Tapi lagi geram bila tengok ending dia, time Dal Geon nak tembak seseorang yang keluar dari kereta, alih alih Hae Ri yang keluar. Lepas itu terus habis! Kalau tak faham, boleh tengok di kissasian atau netflix 😂

18 comments

  1. Replies
    1. Kannnn! Tapi season 2 bila nak keluar ye hahaha bosan duk tunggu

      Delete
  2. carita ni dah lama dalam list kita... tapi tu la asyik keluar carita baru yang ni asyik postponed je heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah fahamm perasaan tuu, asyik postponed je kann last last sampai ke sudah tak tengok tengok hahaha

      Delete
  3. Tak pernah tgk lg.. heroin cantik

    ReplyDelete
  4. pelakon dasat dasat ni. Mesti ceritanya pun best jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best! Try lah tengok kak fizah kalau ada kelapangan hehehe

      Delete
  5. kalau suzy bae ade terus tengok citenya..walaupun bersiri siri hahaha

    ReplyDelete
  6. cantik gila bae suzy tu ! first time tgk dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantikkkk! Ramai pelakon lelaki korea yang letakkan dia as wanita idaman.

      Delete
  7. Itulah kadang-kadang bosan tengok cerita cinta.
    Ramai juga kata cerita ni sedap.

    ReplyDelete
  8. best!! suka citer aksi mcm ni..terasa tengok movie..

    ReplyDelete
  9. ms terbaca komen psl Vincenzo ada yg cakap, vagabond ni mungkin akan ada season 2. tp tu laa... benda mcm ni sukar diramal hahaha

    ReplyDelete
  10. banyaknyer citer best2 yang atikah suka share erk..x terkejar akak nak tgok

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)