Pengalaman Bekerja di McDonalds Bahagian 3

Pengalaman Bekerja di McDonalds Bahagian 3

Sambungan daripada bahagian 2 di post entri ini. Baca disini: Bahagian 2. Tak baca lagi bahagian 1? Boleh baca disini: Bahagian 1

Uniform kerja disediakan? Yes, disediakan. Apron, uniform, name tag semua disediakan tapi dikenakan bayaran. Bukan percuma tahu hehehe. Kalau tak silap kena bayar dan akan dipotong gaji pertama. Dalam RM50 untuk semua sekali. Tapi minggu pertama aku bekerja, aku pakai tshirt putih saja sebab masa itu tak ada stock lagi untuk uniform. 

Bila dah confirm diterima bekerja, kena cucuk typhoid di mana mana klinik yang anda suka untuk mengelakkan penyebaran demam kepialu. Bukti kita sudah dicucuk typhoid akan dipegang oleh majikan in case ada pihak berkuasa datang buat pemeriksaan. 

Letih, penat, stress itu perkara biasa. Semua kerja ada penatnya yang tersendiri. Kawan aku yang masuk sekali dengan aku surrender awal. Sekejap saja bekerja sebab dia stress sangat. Last last dia bagi alasan nak jaga nenek di kampung padahal tak pun HAHAHA. Kalau tidak, bos tak bagi berhenti kerja. Member dah stress, hari hari whatsapp cakap nak quit nak quit.

Kawan kawan biasalah, ada yang baik, ada yang kurang baik, ada yang mulut lantang dan sebagainya. Ada yang macam anjing dengan kucing, pantang bertemu, gaduh saja kerjanya. 

Depan customers pun gaduh. Aku pula yang malu muka, minta maaf dekat customers. Nasib baik tak ramai customers masa itu, dalam pukul 7 lebih waktu pagi. Customers pun geleng kepala tengok perangai yang tengah bergaduh masa itu. 

Gaji? Dibayar dua kali sebulan. Tak silap aku, aku dibayar RM5.00 untuk satu jam. Itu masa tahun 2017. Sekarang tahun 2021, aku tak pasti. Tapi yang pasti, ada peningkatan. Mungkin RM 5.80 untuk satu jam? 

Makan dan minum? Dibagi secara percuma. Pilihlah nak makan apa. Tapi set medium sahaja, jangan berangan nak set large pula ya HAHAHA. Nak set large, kena beli sendiri. Biasa aku makan, set McChicken, fries, air milo dan aiskrim sundae strawberry atau chocolate. Weekend boleh makan mewah sikit hehehe. Biasa weekend, aku makan ayam goreng! Kadang kadang set GCB. Tengok atas mood. 

Cuti? Seminggu sekali sahaja. Kiranya kerja 6 hari seminggu. Kadang kadang straight tak ada cuti. Tengok atas nasib badanlah. 

Apa lagi ya? 

Kena maki dengan customers? Sudah biasa. Customers angkat middle finger pun sudah biasa. Untuk pengetahuan kalian, kalau di Terengganu, setiap hari Jumaat, semua perniagaan akan berhenti beroperasi untuk seketika bermula pukul 12.30 tengah hari sampai pukul 2 petang. 

Ini semua untuk menghormati solat Jumaat. Even kedai non Muslim pun akan ditutup untuk sementara waktu bagi menghormati solat Jumaat dan memberi laluan kepada kaum Adam untuk menunaikan solat Jumaat.

Tapi ada sesetengah customers yang tak faham, mereka akan marah marah dan persoalkan kenapa McD ditutup. Yang angkat middle finger itu sebab tak puas hatilah sebab tak dapat membeli waktu lunch hour. 

Terkelu sekejap aku bila dia angkat middle finger betul betul depan muka aku. Aku hanya mampu tersenyum sambil minta maaf. Kalau tak tutup, McD boleh dikenakan saman. Untuk elakkan disaman, memang akan ditutup buat sementara waktu. Memang akan lock semua pintu untuk elakkan customer masuk membeli.  Jadi itulah serbi sedikit pengalaman aku bekerja di McDonalds. 

Nak makan makanan McD percuma? Silalah mohon pekerjaan di McD. Pengalaman berharga untuk aku sebab itulah pekerjaan pertama aku. 

18 comments

  1. Bagus rehat waktu solat Jumaat.
    Hehe makan percuma. Kira Atiqah dapat cuba menu baru McD. Bosan makan ini, makan lain pula.

    ReplyDelete
  2. ohh baru tahu uniform dan segalanya tu kena bayar. Okay jugak tu gaji dibayar 2x dan makanan disediakan tu pun okay lah kan. Tapi jemu juga hari hari McD je. Paling tak seronok kalau kerja cuti sehari dia. Tak sempat nak cover penat 6 hari. Sabar je lah bila ada yang tak ngam tu. Janji cari rezeki dan buat kerja dengan betul.

    ReplyDelete
  3. kerja 6 hari seminggu...hu3
    Tak syoknyer!! Macam takde life. Tapi demi sesuap nasi apa kan daya kan...

    ReplyDelete
  4. bagusnyee.. jujur n ikhlas.. pengalaman pertama utk terus maju .. aminn

    ReplyDelete
  5. Bila dah kerja sendiri baru kita tahu menghargai pendapatan yang diterima.

    ReplyDelete
  6. Makan percuma tu yang best!

    ReplyDelete
  7. Free makanan tuyg best.hahahaha

    ReplyDelete
  8. wahh tak tahu pulak kedai dekat Terengganu tutup waktu Jumaat :D dulu lepas SPM dengan cuti sem degree pun kerja 6 hari seminggu. Letih memang letih tapi best! Sebab jumpa orang ramai tiap hari dengan macam2 ragam

    ReplyDelete
  9. Kerja di mana2 pun akan stress tikah tambah kerja bahagian customer service ni kena sabar layan kerenah manusia. Tak tau pulak kena bayar utk baju huhu

    ReplyDelete
  10. Baru tahu polisi di Terengganu berkenaan hari Jumaat tu.. Bagus juga dipraktikkan di negeri lain.. Pengalaman berdepan dengan customer ini memang kena kental jiwa..

    ReplyDelete
  11. Gaji bulan pertama untuk beginner selalu dapat berape

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya pun dah lupa. Tapi rasanya dapat dalam 1200+. Gaji dapat dua kali sebulan, so kiranya dapat dalam 600+ untuk 2 minggu, then 600+ lagi untuk gaji kali kedua. Nak gaji tinggi, boleh OT.

      Delete
  12. Terima kasih Atiqah kongsi pengalaman. Tgh consider utk apply sbnrnya �� Serius seronok baca pengalaman Atiqah..maaf kalau boleh tanya, dalam 8jam tu berapa minit waktu untuk break dan ada mslh utk solat tak?��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba untuk cari pengalaman. Mana tahu pengalaman awak berbeza dengan saya? ;)

      Break selama 30 minit. So, dalam 30 minit tu jujur saya cakap tak sempat nak solat, tapi dont worry, boleh je minta kebenaran manager untuk solat jap masa kerja. Manager boleh bertolak ansur :)

      Delete
  13. Yg t-shirt putih tu first2 msuk tu, kena pkai yg lengan pendek ke pnjg eh? Sbb sya bru dpt keja mcd astu nk beli t-shirt putih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya dulu, saya beli lengan panjang. Wah alhamdulillah, selamat bekerja! :)

      Delete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)